Friday, December 9, 2016

FIRST ADVANTAGE DIIKTIRAF OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN SUMBER MANUSIA SEBAGAI SYARIKAT PENYARINGAN LATAR BELAKANG TERBAIK DI ASIA SELATAN

Syarikat berprestasi terbaik untuk dua tahun berturut-turut pada Anugerah Vendor Sumber Manusia Terbaik Tahunan Majalah Human Resources

Diadili oleh 54 Pengarah Sumber Manusia yang terkemuka di seluruh Asia

 
SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia & HONG KONG, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- First Advantage, sebuah syarikat Symphony Technology Group dan pembekal global yang terkemuka bagi perkhidmatan penyaringan latar belakang, telah memenangi dua anugerah emas dan satu anugerah gangsa di Hong Kong, Malaysia dan Singapura pada Anugerah Vendor Sumber Manusia Terbaik Tahun 2016 Majalah Human Resources. Anugerah itu dianjurkan oleh Majalah Human Resources, sumber utama berita yang berkaitan sumber manusia di Asia. Diadili oleh 60 pengarah sumber manusia yang paling besar berbelanja di Asia, termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, konglomerat tempatan dan Syarikat-syarikat Multinasional yang dihormati, anugerah ini merupakan antara anugerah serantau yang paling mantap untuk meraikan pembekal produk dan perkhidmatan sumber manusia yang terbaik di Asia.

Kriteria penilaian termasuk antara lain, kepuasan pelanggan, skop produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, sumbangan syarikat kepada industri Sumber Manusia dan pengiktirafan syarikat itu sebagai sebuah peneraju pemikiran. Sejak kategori "Penyaringan Latar Belakang" dimasukkan pada tahun 2015, First Advantage telah secara konsisten menjadi Syarikat Penyaringan Latar Belakang yang berprestasi terbaik berbanding dengan pembekal-pembekal lain di rantau Asia Pasifik.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9583

No comments:

Post a Comment