Wednesday, December 14, 2016

J.M. HUBER CORPORATION MENCAPAI PERJANJIAN UNTUK MENJUAL PERNIAGAAN SILIKA KEPADA EVONIK DENGAN HARGA $630 JUTA

EDISON, N.J., 13 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- J.M. Huber Corporation hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian muktamad untuk menjual unit perniagaan Silika milik Huber Engineered Materials (HEM) kepada Evonik Industries AG – sebuah syarikat kimia khusus yang bertaraf global.

Urus niaga itu akan termasuk kilang Silika HEM di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Sehingga urus niaga itu ditutup, silika terus beroperasi sebagai sebahagian daripada HEM. Untuk tahun 2016, unit perniagaan Silika Huber dijangka mencapai pendapatan hampir $300 juta dan EBITDA yang dilaraskan kira-kira $60 juta.

Penjualan Silika tidak akan memberi kesan kepada unit perniagaan HEM yang lain, yang termasuk Aditif Bahan Perencat Api dan Karbonat Kalsium Asas.

No comments:

Post a Comment