Tuesday, December 27, 2016

15,000 Peserta Maraton Berlari Di Heyuan China

HEYUAN, China, 26 Dis (Bernama) -- Pada pagi 25 Disember, pistol pelepas bagi Maraton Antarabangsa Tasik Heyuan Evergreen 2016 dibunyikan. Seramai 15,000 orang pelari dari dalam dan luar negara mempamerkan imej mereka mengenai sebuah negara China yang sihat dan Heyuan yang penuh kehijauan kepada dunia di kawasan bandar dengan bukit bukau yang hijau dan sungai di sekeliling.

Naib Datuk Bandar bagi bandar raya Heyuan, Zhu Weiwei memperkenalkan, ini adalah acara maraton antarabangsa yang pertama yang diadakan di Heyuan. Selain itu, ia adalah satu aktiviti sukan besar-besaran dengan standard tertinggi dan bilangan terbesar penyertaan setakat ini, yang telah memberikan tindak balas yang aktif oleh pelari dari dalam dan luar negara. Lebih 50 atlet profesional dari Ethiopia, Kenya, Nigeria dan negara-negara dan wilayah lain dijemput untuk pertandingan itu, kesemua acara pertandingan itu didaftarkan sepenuhnya dan kelayakan muktamad bagi 15,000 pelari yang layak telah akhirnya disahkan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9631

No comments:

Post a Comment