Tuesday, December 20, 2016

BOTOSOFT MELANCARKAN BOTOSEAL(TM) DI PERSIDANGAN NARIC UK TAHUNAN KE-20


Botosoft melancarkan Botoseal™, penyelesaian keselamatan dokumen yang paling canggih di dunia.

LONDON, 19 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Botosoft Technologies, iaitu syarikat penyelesaian keselamatan yang memenangi anugerah, melancarkan teknologi anti-pemalsuan yang paling canggih di dunia, Botoseal™, di Persidangan Tahunan Pusat Maklumat Pengecaman Negara United Kingdom (NARIC UK) ke-20. Acara ini, yang diadakan di Victoria Park Plaza, London, United Kingdom pada 21 dan 22 November 2016, telah dihadiri oleh wakil daripada agensi perekrutan, badan pemeriksaan, akademia, institusi penilaian dan agensi keselamatan dari seluruh dunia.

Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/67f51f00-ff72-45b1-a66b-c387d7a5755e dan http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b0f8716a-9cda-42e0-84ad-4592fc6618e4.

Botosoft Technologies bangga dengan budayanya yang membuatkan kehidupan menjadi mudah,” kata Agbeyo Tolulope, CEO Botosoft Technologies. “Syarikat mengetahui bahawa pemalsuan semakin menular kerana pengesahan dokumen amat sukar; jika pengesahan menjadi mudah, pemalsuan akan dapat dikawal dan akhirnya akan dihapuskan.”



No comments:

Post a Comment