Thursday, July 28, 2016

TOSHIBA AKAN MEMULAKAN PENGELUARAN BESAR-BESARAN BAGI PEMACU STEPPING MOTOR 2 SALURAN BIPOLAR DENGAN PENARAFAN MAKSIMUM 40V DAN 2.0A

TOKYO, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Corporation (TOKYO: 6502) Storage & Electronic Devices Solutions hari ini mengumumkan bahawa pengeluaran besar-besaran "TC78S122FNG," sebuah pemacu stepping motor 2 saluran bipolar yang menawarkan voltan ketahanan output maksimum sebanyak 40V dan arus output 2.0A, akan bermula pada 5 Ogos. Syarikat itu juga menambah "TC78S122FTG" kepada barisan pemacu stepping motor mereka sebagai satu variasi pakej yang ditempatkan dalam pakej QFN yang lebih padat, dengan pengeluaran besar-besaran ditetapkan untuk bermula pada akhir Ogos.
 
Pemacu motor berkelajuan tinggi, berprestasi tinggi diperlukan untuk aplikasi yang termasuk alat pencetak, kamera pengawasan, peralatan automasi pejabat, terminal perbankan seperti ATM, mesin pengenalan wang kertas, mesin hiburan, dan peralatan rumah. Pada masa yang sama, pengecilan peralatan sedang dipercepatkan oleh permintaan pelanggan untuk produk yang menjimatkan ruang dengan reka bentuk yang cemerlang. Langkah-langkah untuk mengurangkan haba yang dihasilkan di dalam peralatan dan penggunaan tenaga yang rendah bagi keseluruhan unit juga semakin penting.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9177

No comments:

Post a Comment