Tuesday, July 26, 2016

ISOCOL HOLDINGS AG MEMOHON UNTUK DISENARAIKAN DI BURSA EURONEXT PARIS

ZURICH, Switzerland, 25 Julai (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Isocol Holdings AG telah memohon untuk disenaraikan di bursa Euronext Paris (Marché Libre).
 
Penyenaraian yang dicadangkan membentuk sebahagian daripada strategi pertumbuhan global syarikat dan akan membantu memenuhi permintaan kukuh di pasaran Eropah bagi produk utama syarikat iaitu Isocol™ Rubbing Alcohol Antiseptic (Antiseptik Alkohol Gosok).
 
Selama lebih daripada 30 tahun, Isocol™ telah menjadi produk yang perlu dimiliki oleh setiap isi rumah Australia, dengan pelbagai aplikasi dari pencucian am kepada rawatan kulit. Produk-produk Isocol™ dijual menerusi lebih daripada 1,500 pasar raya terkemuka di Australia, termasuk Woolworths, Coles dan IGA, dan juga 4,000 farmasi runcit yang merangkumi rantaian kebangsaan Priceline, Terry White dan Amcal.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9172

No comments:

Post a Comment