Tuesday, July 12, 2016

KEIO PLAZA HOTEL TOKYO AKAN BUKA ARAS BAHARU KELAB "PREMIER GRAND" PADA DISEMBER, 2016

Memperkukuhkan Barisan Kemudahan dan Perkhidmatan Atasan

TOKYO, 12 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan memulakan pengubahsuaian 11 bilik suite dan 100 bilik kelab. Pada masa yang sama, satu Ruang Istirahat Kelab atau Club Lounge khas akan dibuka di aras atas tingkat ke-45 di menara utama dan mula beroperasi dari Disember, 2016. Tumpuan khas akan diberikan dalam membuat penambahbaikan yang signifikan kepada kemudahan untuk menghasilkan pengalaman tetamu di hotel kami lebih selesa dan menyeronokkan. Sebanyak JPY 2.5 bilion akan dibelanjakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian ini.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9141

No comments:

Post a Comment