Monday, July 4, 2016

LEBIH 2000 INSTITUSI PENDIDIKAN LUAR NEGARA TERIMA KAD UNIONPAY UNTUK PEMBAYARAN TUISYEN -- UNIONPAY INTERNATIONAL MENINGKATKAN PERKHIDMATAN PEMBAYARAN MEREKA BAGI PELAJAR YANG MENUNTUT DI LUAR NEGARA

SHANGHAI, China, 1 Julai, 2016 /Xinhua-AsiaNet/-- 
Perkhidmatan pembayaran UnionPay untuk pelajar-pelajar yang menuntut di luar negara telah diperluaskan daripada pembayaran tuisyen kepada semua aspek kehidupan seharian. Pada 1 Julai, UnionPay International mengumumkan bahawa kini lebih 2,000 institusi pendidikan luar negara menerima kad UnionPay untuk pembayaran tuisyen, yang meliputi sekolah-sekolah yang terkenal di destinasi popular, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, United Kingdom, New Zealand dan Singapura.

Menurut data awam, bilangan pelajar China yang belajar di luar negara telah melebihi 500,000 orang pada tahun 2015, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak kira-kira 14%. China kini merupakan negara sumber terbesar pelajar antarabangsa untuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, dan Australia. Dalam konteks ini, UnionPay International terus meningkatkan perkhidmatan pembayaran mereka bagi pelajar-pelajar ini.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=9124

 

No comments:

Post a Comment