Sunday, July 31, 2016

MPPD TERUSKAN USAHASAMA MANTAP DENGAN IWK

Port Dickson,29 Julai (Bernama) -- Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), hari ini menandatangani perjanjian pembekalan biopepejal dan air kumbahan terawat (bioefluen) sebagai sebahagian usaha untuk merealisasikan pelaksanaan teknologi hijau melalui program 1PBT 1Negeri. Perjanjian tersebut yang disaksikan olen YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad bin Hj Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan, telah ditandatangani oleh Dato' Ab Khalid bin Mat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Negeri Sembilan, dan Datuk Ir Abdul Kadir Mohd Din, Ketua Pegawai Eksekutif IWK.


Ini merupakan kali ketiga perjanjian sebegini ditandatangani di antara MPPD dan IWK. Perjanjian yang pertama telah berlangsung pada 28 Mac 2012 dan perjanjian kedua diperbaharui pada 7 Julai 2014. MPPD merupakan pelopor kepada penggunaan bioefluen dan biopepejal serta merupakan majlis perbandaran pertama yang menggunakan bioefluen terawat dan biopepejal untuk kegunaan kerja-kerja landskap di bawah kawasan pembandaran. Bagi perjanjian kali ketiga ini , fokus utama adalah untuk mewujudkan kerjasama dalam menghasilkan baja kompos dari biosolid yang dibekalkan oleh IWK. Ini merupakan salah satu usaha mempelbagaikan dan memperbaharui sumber sedia ada . Pihak  MPPD juga berhasrat mengeluarkan produk ini  sebagai satu tambahan hasil kepada MPPD, di samping penggunaannya dapat diperluaskan di seluruh Port Dickson terutama penggiat landskap . 

No comments:

Post a Comment