Monday, July 25, 2016

MDEC Bantu GHL Cari Rakan Kongsi Sesuai Untuk Berkembang



KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), melalui hubungan dan usahanya, membantu GHL Systems Bhd bagi mencari rakan kongsi sesuai untuk berkembang.

Menurut kenyataan MDEC pada Khamis, GHL telah menetapkan visinya untuk menjadi penyedia perkhidmatan pembayaran terbesar di ASEAN.

"Walaupun perniagaan teras GHL termasuk Perkhidmatan Perkongsian dan Perkhidmatan Penyelesaian, pertumbuhannya disokong oleh perniagaan transaksi pemerolehan pembayaran (TPA).

"Perniagaan TPA membolehkan GHL berhubung secara langsung dengan peniaga untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran kad kredit manakala bank berkenaan yang akan mendapat kebenaran bagi transaksi kad kredit," menurutnya.

Menurut MDEC, peralihan tumpuan itu telah mengubah syarikat daripada penjual perkakasan yang memperoleh pendapatan bukan berulang kepada peniaga menerima bayaran kad kredit dari bank yang mengeluarkan kad berkenaan dengan menjana perolehan anuiti berjumlah 94 peratus daripada perolehan keseluruhan kumpulan.

"Baru-baru ini, GHL mengembangkan perniagaan TPA dengan menjalinkan perkongsian dengan Rizal Commercial Banking Corporation, sebagai bank yang menguruskan bayaran melalui kad kredit atau debit bagi pihak peniaga di Filipina.

"Ini yang membantu syarikat mengukuhkan kedudukannya dalam negara," menurutnya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment