Monday, July 25, 2016

ASIAN BANKING SCHOOL DAN OCBC BANK GANDING BAHU TINGKATKAN PIAWAIAN PROFESIONAL BIDANG PENGURUSAN KEKAYAAN

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Asian Banking School (ABS) dan OCBC Bank (Malaysia) Berhad (OCBC Bank) telah berganding bahu untuk meningkatkan tahap penguasaan pegawai bank dalam selok-belok bidang pengurusan kekayaan menerusi program latihan 13-modul yang bermula bulan depan (Ogos).
  
Usaha sama yang belum pernah dilaksanakan ini melengkapkan para pengurus hubungan OCBC Bank dengan ilmu pengurusan terbaik demi manfaat pelanggan dan juga untuk diri mereka sendiri menerusi program mampan yang membina kerjaya dan mengukuhkan perspektif. Program Pengurusan Kekayaan ABS-OCBC akan menyampaikan maklumat tentang trend, cabaran dan peluang dalam industri. 


No comments:

Post a Comment