Friday, February 12, 2016

YUPPTV MEMPEROLEH HAK MEDIA DIGITAL EKSKLUSIF UNTUK PIALA ASIA 2016

Pembekal OTT itu membolehkan penstriman secara langsung untuk kejohanan T20 melalui aplikasi mereka pada pelbagai peranti Internet yang aktif
 
ATLANTA, 12 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- YuppTV, pembekal Over-The-Top (OTT) terbesar di dunia bagi kandungan Asia Selatan, sangat gembira untuk mengumumkan bahawa ia telah mendapat hak media digital untuk Piala Asia T20, 2016 yang akan diadakan pada 24 Februari hingga 6 Mac 2016. Walaupun YuppTV telah mendapat hak eksklusif untuk penstriman Piala Asia 2016 secara langsung di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Eropah, Australia, New Zealand dan Malaysia, peminat kriket di Singapura akan juga dapat menonton kejohanan itu melalui aplikasi YuppTV pada pelbagai peranti Internet seperti TV Pintar, perakam Blu-ray Pintar, alat penstriman media, komputer riba, konsol permainan, telefon pintar dan tablet. Piala Asia 2016 dijadual berlangsung di Dhaka, Bangladesh dengan pasukan T20 India bertemu pasukan negara tuan rumah pada hari pembukaan. Perlawanan yang sangat dinanti-nantikan antara India dan Pakistan dijadual diadakan pada 27 Februari, manakala India menghadapi juara bertahan Sri Lanka pada 1 Mac.



No comments:

Post a Comment