Friday, February 26, 2016

UNIONPAY INTERNATIONAL JALIN KERJASAMA DENGAN EMPAT BANK UTAMA DI THAILAND UNTUK MEMBINA SISTEM PENSUISAN KAD BANK TEMPATAN

SHANGHAI, China, 25 Feb., 2016 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 24 Februari, UnionPay International, bersama-sama dengan empat bank komersil terkemuka di Thailand, mengumumkan bahawa TPN (Rangkaian Pembayaran Thailand), iaitu rangkaian pensuisan tempatan Thailand yang didasarkan kepada standard teknikal UnionPay, telah secara rasmi dilancarkan. Sebelum ini standard kad IC UnionPay menjadi standard industri perbankan Thailand. Melalui penubuhan sebuah syarikat usaha sama, UnionPay kini menawarkan standard teknikal untuk membina sistem pensuisan kad bank. Pengerusi China UnionPay Ge Huayong, Ketua Pegawai Eksekutif UnionPay International Cai Jianbo dan Pengerusi TPN Shoke Na Ranong menghadiri majlis pelancaran tersebut. Buncha Manoonkunchai, Pengarah Dasar Sistem Pembayaran dan Pejabat Pemerhatian di Bank of Thailand, turut hadir dengan melafazkan ucapan tahniah.
 
Pada tahun 2012, bank pusat Thailand telah menetapkan bahawa kesemua urus niaga antara bank tempatan yang dibuat dengan kad debit tempatan perlu diproses di dalam negara. Selepas itu, usaha sama yang diberi nama TPN diwujudkan pada September 2014. Thailand juga mempunyai perancangan untuk mewujudkan sebuah jenama kad debit persendirian TPN dan mengeluarkan kad TPN UnionPay, yang akan digunakan secara mudah pada rangkaian UnionPay di seluruh dunia.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8726

No comments:

Post a Comment