Thursday, February 4, 2016

​SIDANG KEMUNCAK INDUSTRI KESIHATAN MENCETUSKAN KEGHAIRAHAN PELABUR BERHUBUNG SEKTOR PENJAGAAN KESIHATAN CHINA DENGAN PERTUMBUHAN DUA ANGKA

SHANGHAI, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada musim panas tahun 2015, satu acara telah menarik kehadiran terbesar bilangan orang ramai untuk tempoh satu hari iaitu melebihi 170,000 orang profesional ke Shanghai semata-mata untuk sektor penjagaan kesihatan. Ia adalah satu acara perdagangan mega yang menggabungkan acara perubatan dan farmaseutikal yang utama di China, Sidang Kemuncak Industri Kesihatan.
 
Dengan permulaan rancangan lima tahun ke-13 China pada 2016, program "Kesihatan China 2020" memberi tumpuan kepada membangunkan bersama penjagaan kesihatan, pengeluaran farmaseutikal dan insurans kesihatan, pemisahan preskripsi dan mendispens dan sistem hierarki perubatan telah menjadi satu strategi kebangsaan. Ia diadakan sebagai satu rangsangan tambahan kepada kebanyakan mereka yang sudah mengintai peluang daripada peningkatan penduduk yang semakin tua dan ledakan penduduk yang dijangkakan berikutan perubahan dasar satu anak untuk satu keluarga. Menjelang akhir tahun 2015, lebih 100 buah syarikat yang didagangkan secara tradisinya bukan berorientasikan penjagaan kesihatan di China telah melihat penjagaan kesihatan sebagai satu keutamaan dalam pelaburan dan pembangunan mereka, banyak telah menamakan semula syarikat mereka untuk mencerminkan fokus baharu ini, apatah lagi gergasi terkenal seperti Lenovo, Fosun, dan Wanda Group yang memacukan kepentingan ke dalam beberapa bahagian utama sektor itu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8676

No comments:

Post a Comment