Wednesday, February 24, 2016

MITEL MENDAYAKAN PERKHIDMATAN SUARA DAN VIDEO MELALUI LTE SELURUH NEGARA DI INDONESIA DENGAN SMARTFREN

Pelaksanaan Pantas Memberikan Kelebihan Pasaran Dahulu apabila Smartfren Memecut Ke Hadapan Mendahului Persaingan
 

OTTAWA, Feb 23 (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Mitel® (Nasdaq:MITL) (TSX:MNW), peneraju global dalam perniagaan masa nyata, komunikasi awan dan mudah aliha, mengumumkan pelaksanaan penyelesaian suara dan video melalui LTEnya untuk menyokong pelancaran peranti mudah alih LTE Andromax yang dilancarkan oleh Smartfren baru-baru ini. Smartfren akan bekerjasama rapat dengan Mitel pada pelancaran pesat perkhidmatan mudah alih baharu bermula tahun 2016. Indonesia merupakan kawasan geografi kelima yang memperkenalkan VoLTE daripada Mitel termasuk pelancaran perkhidmatan utama di Amerika Utara bersama T-Mobile AS dan di Eropah bersama 3UK.

Kelajuan pelaksanaan LTE 4G Smartfren telah mengatasi pelaksanaan di rantau lain, menonjolkan potensi besar untuk penyelesaian mudah alih berasaskan perisian di seluruh Asia. Pada waktu pengendali rangkaian mudah alih menghadapi persaingan sengit daripada pemain pasaran yang menimbulkan gangguan dan perkhidmatan aplikasi ekstrem, penyelesaian perisian terunggul Mitel iaitu VoLTE memungkinkan pelaksanaan pantas dioptimumkan untuk memacu inovasi perkhidmatan berterusan dan peluang pendapatan baharu. Penyelesaian tersebut juga menyokong penyampaian perkhidmatan berbilang peranti yang memberikan pengendali keupayaan untuk menawarkan rangkaian IP bersepadu yang lebih mantap merentasi semua titik dan peranti, tanpa mengira teknologi rangkaian akses.

No comments:

Post a Comment