TOKYO, 18 Jan (Bernama) -- Sebagai acara permulaan untuk meraikan ulang
tahun ke-50 hubungan luar antara Singapura dan Jepun, Kementerian
Pertanian, Perhutanan dan Perikanan (MAFF) telah menjalankan satu kempen
"WAZA Nikmati Cita Rasa Jepun" selama dua hari (9 dan 10 Januari) di
Isetan Scotts di Singapura. Acara itu telah dirangka untuk meningkatkan
minat dalam budaya makanan Jepun dan produk pertanian, perhutanan, dan
hasil laut Jepun. Acara itu bertepatan dengan permulaan Perkhidmatan
Pesanan Terus Pengeluar, satu perkhidmatan baharu yang menghantar
produk pertanian, perhutanan, dan hasil laut segar dan makanan yang
disejukkan atau beku terus dari pengeluar Jepun kepada pengguna di
Singapura. Acara itu bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan tersebut
dan meningkatkan pengiktirafan pengguna mengenai produk dan makanan
pertanian, perhutanan, dan hasil laut Jepun yang disediakan melalui
perkhidmatan yang unggul ini.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1208058
No comments:
Post a Comment