SINGAPURA, 27 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Penggabungan
dan pengambilalihan (M&A) peringkat awal di kebanyakan pasaran Asia
menunjukkan pertumbuhan yang kukuh berbanding dengan tempoh yang sama tahun
lepas, walaupun ekonomi China semakin perlahan dan pasaran mata wang dan ekuiti
tidak menentu. Ini menunjukkan bahawa separuh pertama tahun 2016 akan
menyaksikan satu kenaikan dalam pengumuman perjanjian di pasaran yang berbeza
di Asia, berbanding dengan separuh pertama tahun 2015. Ini adalah menurut
laporan terbaharu Peramal Aliran Urus Niaga (DFP) Intralinks® yang dikeluarkan
oleh Intralinks Holdings, Inc. (NYSE: IL), pembekal dunia yang terkemuka bagi
perisian dan perkhidmatan untuk menguruskan urus niaga M&A. Sementara itu,
dalam rantau Asia Pasifik (APAC) yang lebih luas, Australia mengalami
pertumbuhan negatif, setelah dilanda kejatuhan dalam permintaan di sektor logam
dan perlombongan – seringkali diketuai oleh China.
No comments:
Post a Comment