TOKYO & JAKARTA, Indonesia 26 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) --Information Services International-Dentsu, Ltd. (TOKYO:4812)
(Ibu pejabat: Minato-ku, Tokyo; Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Setsuo
Kamai; "ISID") hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, PT. ISID
INDONESIA (Ibu pejabat: Jakarta, Indonesia, Pengarah Presiden: Takuya Ono;
"ISID Indonesia") menubuhkan perkongsian dengan syarikat IT di
Indonesia, PT. Indocyber Global Technology (Ibu pejabat: Jakarta, Indonesia,
Ketua Pegawai Eksekutif: Bharat Ongso; "Indocyber"). Yakni, ISID Indonesia
melantik Indocyber sebagai pembekal bagi penyelesaian "Lamp", yang
merupakan penyelesaian IT yang komprehensif bagi perniagaan pajakan dan
kewangan. Perkongsian seperti itu telah menjanakan pelanggan tempatan yang
pertama dan kami menyasarkan Lamp akan dilaksanakan oleh 20 buah syarikat
dalam tempoh tiga tahun akan datang.
No comments:
Post a Comment