SINGAPURA, 19 Jan (Bernama) -- Berikutan pembentukan komuniti ekonomi
ASEAN (AEC) baru-baru ini, adalah penting bagi syarikat-syarikat untuk
mencari saluran baru bagi memaksimumkan keuntungan. Pada masa ini, lima
negara ASEAN (Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina)
meninggalkan lebih daripada USD sembilan bilion tanpa diterokai kerana
mereka teragak-agak untuk melaksanakan kenaikan harga walaupun kecil.
Ini adalah hasil daripada Ujian Stres Penentuan Harga ASEAN 2016 yang
dijalankan oleh Simon-Kucher & Partners. Firma perundingan strategi
dan pemasaran global itu menjalankan analisis ke atas kira-kira 1,200
syarikat tersenarai awam di rantau itu, dengan memberi tumpuan kepada
industri pengguna dan runcit, pembuatan, minyak dan gas, pembinaan, dan
industri kimia. "Syarikat-syarikat sama sekali menganggar kurang potensi
besar daripada kenaikan kecil pada harga," kata Dr Jochen Krauss, Rakan
Pengurusan di pejabat Simon-Kucher & Partners di Singapura.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1208236
No comments:
Post a Comment