MIAMI, Jan 19 (Bernama) -- PA Group, Premier Assurance Group SPC Ltd.,
telah mengumumkan pelantikan Charles Jorge, yang berkhidmat sebagai Naib
Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan PA Group, sebagai Presiden
baharunya dan pertukaran Presiden semasa, Leonardo L. Cornide, ke
jawatan Pengerusi Lembaga.
"Kami berada di satu peringkat dalam pertumbuhan syarikat di mana kami
perlu menggiatkan usaha dan meningkatkan kepakaran kami di seluruh
dunia. Kami percaya bahawa Charles Jorge memiliki kemahiran dan wawasan
yang bersesuaian untuk membawa syarikat kami ke tahap seterusnya," ujar
Leonardo L. Cornide.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1208242
No comments:
Post a Comment