CINCINNATI, Jan 27 (Bernama) -- Meridian Bioscience, Inc. (NASDAQ:VIVO)
hari ini mengumumkan bahawa mereka telah menerima CE Mark bagi
illumigene® Malaria, satu ujian baru dan bertepatan tinggi yang
dibangunkan oleh Meridian dengan bantuan teknikal daripada Centers for
Disease Control and Prevention (CDC) dan Cheikh Anta Diop University of
Dakar, Senegal. Ujian ini adalah sehingga 80,000 kali lebih sensitif
dalam keupayaannya mengesan parasit malaria berbanding dengan ujian
konvensional, serta berpotensi merevolusikan diagnosis malaria dan
menetapkan standard emas yang terbaru. Dengan menggunakan teknologi LAMP
molekul yang berinovatif, hasil illumigene boleh disediakan dalam
tempoh kurang dari sejam dan ujian itu adalah mudah digunakan kerana ia
tidak bergantung kepada pakar teknikal bertahap tinggi. Ini adalah
langkah ke hadapan yang besar bagi mereka yang dijangkiti malaria kerana
diagnosis yang lebih pantas dan lebih tepat boleh membawa kepada
rawatan segera dan hasil yang lebih baik. illumigene Malaria akan
diedarkan di rantau Eropah, Timur Tengah dan Afrika oleh Meridian
Bioscience Europe dan pasaran antarabangsa yang lain oleh jaringan
pengedaran global Syarikat.
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1210680
No comments:
Post a Comment