KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Axiata Group Bhd, DBA Axiata memilih
Bristlecone dan SAP sebagai rakan dalam melaksanakan transformasi
jabatan penyumberan dan pemerolahannya serta memacu proses terbaik dalam
kelas.
Dalam satu kenyataan SAP berkata transformasi permerolehan itu akan
membolehkan syarikat telekomunikasi itu memperoleh ketampakan dalam
perbelanjaan merentas kesemua Syarikat Operasi (OpCos) dan memudahkan
pematuhan, menentukan dan memanfaatkan peluang pengurangan perbelanjaan
serta mengenal pasti ketidakcekapan dan proses tidak standard selama
ini.
Pengarah Urusan SAP Malaysia Terrence Yong berkata perisian daripada
SAP itu akan membantu Axiata mengurus sumber dan mengoptimumkan usaha
sama merentas struktur pemerolehan semasa, bagi mencapai tahap inovasi
baharu, kecekapan dan kemampuan untuk beroperasi dengan mudah.
Axiata akan menggunakan versi di premis aplikasi pengurusan perhubungan
pembekal SAP dalam proses bagi 'Permintaan untuk PO' dan aplikasi
analitis pengurusan prestasi perbelanjaan SAP bagi proses analistis
perbelanjaan bersama-sama aplikasi pemerolehan berasaskan awan.
Dalam inisiatif ini juga, Bristlecone turut menyokong Axiata untuk
menyelaraskan dan menyeragamkan proses penyumberan, pemerolehan dan
pengurusan perbelanjaan dalam keseluruhan kumpulan untuk mencapai
kecekapan yang lebih tinggi, ketampakan serta tadbir urus menerusi
penugasan platform ePemerolehan berskala dunia dan seragam.
Hasil daripada pelaksanaan ini, pekerja Axiata kini mempunyai sistem
berpusat yang membolehkan mereka mencari, menyumber dan membeli barangan
dan pada masa yang sama mematuhi prosedur pembelian korporat.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment