Wednesday, December 23, 2015

PANASONIC MEMULAKAN PENGELUARAN SEBATIAN PENGACUAN FENOLIK TAHAN PANAS BAGI KOMPONEN KERETA DI AYUTTHAYA, THAILAND

OSAKA, Jepun, 22 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Sistem Automotif & Industri Panasonic Corporation akan melancarkan barisan pengeluaran untuk membentuk sebatian pengacuan fenolik tahan panas [1] untuk digunakan dalam bahagian-bahagian automotif di Panasonic Manufacturing Autthaya Co. Ltd (PMFAT). Operasi sepenuhnya dijangka bermula pada Februari 2016. Pengeluaran bahan-bahan ini di Thailand merupakan yang pertama dalam industri.

* Untuk sebatian pengacuan fenolik tahan panas, kajian Panasonic

Dengan permintaan dalam bidang automatif  dijangka meningkat di Asia Tenggara, banyak pembuat bahagian-bahagian automatif dan pengacuan mengembangkan pengeluaran mereka di rantau ini, dengan ramai membuka pembelian, R&D dan fungsi-fungsi pengeluaran di kawasan-kawasan utama di Thailand. Panasonic akan mula mengeluarkan sebatian pengacuan fenolik tahan panas di PMFAT untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dekat dengan para pelanggan dan untuk meningkatkan keupayaan pembangunan pelanggannya di Asia Tenggara. Syarikat itu juga bercadang mencipta dan memperguna permintaan global baru untuk sebatian acuan fenolik tahan panas.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8559

Saturday, December 19, 2015

INDEKS MONETARI CHINA-ASEAN DIKELUARKAN DI NANNING

NANNING, China, 18 Dis, 2015 /Xinhua-AsiaNet/--
Korporat Kewangan China dan Perbandaran Nanning bersama-sama mengeluarkan Indeks Monetari China-ASEAN (CAMI) pertama mereka pada hari Selasa di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di China Selatan. Menurut indeks itu, matawang yuan Cina, atau Renminbi, telah meningkat lebih cepat berbanding matawang negara-negara ASEAN, dan kadar itu juga lebih cepat daripada peningkatan nilai Dolar AS terhadap mata wang negara-negara ASEAN.
 
CAMI adalah perwakilan yang menyeluruh bagi kadar turun naik pertukaran monetari antara Renminbi dan mata wang negara-negara ASEAN berdasarkan data kadar pertukaran mata wang utama dan perdagangan antara China dan negara-negara ASEAN. Indeks ini akan menyediakan asas rujukan yang cekap pada pertukaran matawang untuk Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) dan menggalakkan kerjasama monetari dan kewangan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8554

FENETRE PARTNERS LANCAR PERKHIDMATAN EKSPORT TERUS P-KE-P SAKE DARI JEPUN

TOKYO, 18 Dis, 2015 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
- - Pembukaan Laman web "Sake Import dari Jepun"

Fenetre Partners, Ltd. (selepas ini "Fenetre Partners") dan Genos Group KK (selepas ini "Genos Group") melancarkan laman web "Sake Import dari Jepun" pada 17 Disember untuk menyediakan perkhidmatan eksport perniagaan-ke-perniagaan sake (arak) Jepun untuk pelanggan luar negara .

(Foto: http://prw.kyodonews.jp/opn/release/201512166538/)

Fenetre Partners ialah sebuah syarikat perunding terkemuka dalam perdagangan, pelaburan, dan pemasaran antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 2008, para pelanggannya termasuk kedua-dua syarikat-syarikat asing yang ingin memasuki pasaran Jepun dan syarikat-syarikat Jepun yang bercita-cita untuk pergi global. Firma itu telah menjalankan projek-projek antarabangsa untuk lebih 130 syarikat dalam tempoh tujuh tahun yang lalu.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8555

GORDAGEN DIBERIKAN PATEN UNTUK TEKNOLOGI PENYAMPAIAN

MELBOURNE, Australia, 17 Dis, 2015 /Medianet International-AsiaNet/ --
Gordagen Pharmaceuticals, sebuah syarikat Australia yang membangunkan nutraseutikal dan farmaseutikal yang berasaskan kepada bukti, dengan sukacitanya mengumumkan aplikasi* patennya di Australia yang meliputi platform teknologi penghantaran novel untuk meningkatkan kebolehsediaan bio bagi tokotrienol telah diluluskan.

Paten itu meliputi platform penyampaian novel Gordagen, termasuk teknologi MELT3 (TM) yang digunakan untuk produk nutraseutikalnya di Amerika Syarikat dan Jepun dan juga teknologi penghantaran yang dimaksudkan bagi portfolio preskripsi mereka. Ia juga mencakupi sasaran nutraseutikal Gordagen bagi daya tahan senaman, bermulanya kesakitan otot yang tertunda dan kesihatan jantung, tanda-tanda preskripsi Syarikat itu termasuk hiperlipidemia dan kencing manis, dan juga tanda-tanda lain. Ini menyediakan syarikat itu dengan pelbagai peluang bagi pembangunan dan pelesenan produk dengan pihak-pihak yang berminat.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8551

SUMMIT PARTNERS LABUR €31 JUTA UNTUK JANA PERTUMBUHAN DI SIGNAVIO

BERLIN & LONDON, 18 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Signavio GmbH – sebuah pembekal terkemuka bagi teknologi proses perniagaan dan pengurusan keputusan berasaskan SaaS - hari ini mengumumkan penyelesaian pelaburan minoriti €31 juta daripada pelabur ekuiti pertumbuhan global, Summit Partners. Pelaburan itu akan membantu Signavio mengembangkan jejak antarabangsanya dan meneruskan trajektori pertumbuhan kukuhnya.

Ditubuhkan pada tahun 2009, dengan pejabat-pejabat di Berlin, Singapura dan Sunnyvale, Signavio adalah sebuah pembekal perisian berasaskan awan yang membantu perniagaan mereka dengan cekap, melaksana dan menguruskan proses kompleks, keputusan dan aliran kerja. Dengan tiga produknya - Editor Proses, Pengurus Keputusan dan Effektif - Signavio menawarkan satu platform transformasi proses intuitif dan kerjasama, membolehkan pematuhan, prestasi proses dan inovasi proses inisiatif seluruh syarikat. Hari ini syarikat itu memberi perkhidmatan kepada lebih 750 syarikat, perniagaan, dan organisasi di seluruh dunia dalam industri yang terdiri daripada pembuatan kepada perkhidmatan kewangan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8552

Wednesday, December 16, 2015

​FIRST ADVANTAGE DIIKTIRAF OLEH PAKAR-PAKAR SUMBER MANUSIA SEBAGAI SYARIKAT PENYARINGAN LATAR BELAKANG TERBAIK DI ASIA SELATAN

Syarikat itu mencatatkan prestasi terbaik dalam Majalah Human Resources Anugerah Vendor Terbaik Tahunan, yang diadili oleh 60 Pengarah Sumber Manusia yang utama di seluruh Asia
 
SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia & HONG KONG, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE)-- First Advantage, sebuah syarikat Kumpulan Symphony Technology dan pembekal terkemuka dunia bagi penyaringan latar belakang, telah memenangi anugerah dua emas dan satu perak pada Anugerah Vendor Terbaik Tahunan Majalah Human Resources di Hong Kong, Malaysia dan Singapura. Anugerah itu dianjurkan oleh Majalah Human Resources, sumber utama berita yang berkaitan dengan sumber manusia di Asia. Dengan diadili oleh 60 pengarah sumber manusia yang terkemuka di Asia, termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, konglomerat tempatan dan syarikat multinasional terkemuka yang lain, anugerah ini adalah satu daripada pengiktirafan tahunan bagi Sumber Manusia yang paling menjadi rebutan di Asia Selatan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8547

​P&G MENGELUARKAN LAPORAN KELESTARIAN 2015, DENGAN MEMPERINCIKAN KEMAJUAN TERHADAP MATLAMAT ALAM SEKITAR DAN SOSIAL 2020

CINCINNATI, 16 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat Procter & Gamble (NYSE:PG) mengeluarkan laporan kelestarian tahunannya ke-17 hari ini, dengan memperincikan kemajuan yang ia lakukan untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan memperbaiki keadaan sosial bagi mereka yang memerlukan.
 
Laporan itu memperkukuhkan komitmen Syarikat berkenaan untuk menjalankan operasi secara mapan dan butir-butir kemajuan terhadap visi jangka panjang Syarikat itu dalam menghasilkan produk yang diminati oleh pengguna sambil pada masa yang sama memaksimumkan pemuliharaan sumber, menjanakan kesemua kilang mereka dengan 100% tenaga yang boleh diperbaharui, menggunakan 100% bahan boleh diperbaharui atau dikitar semula bagi kesemua produk dan pembungkusan dan mempunyai pengguna dan sisa pengilangan sifar yang dihantar ke tapak pelupusan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=8548