Thursday, April 4, 2024

MIDOCEAN ENERGY EIG MENGUMUMKAN PELABURAN STRATEGIK DARIPADA MITSUBISHI CORPORATION

Pelaburan Utama Menegaskan Kejayaan Strategi Pertumbuhan MidOcean

WASHINGTON, 3 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MidOcean Energy (“MidOcean”), syarikat gas asli cecair (LNG) global yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global, pada hari ini mengumumkan pelaburan strategik dibuat oleh Mitsubishi Corporation (“Mitsubishi Corp”). Pelaburan Mitsubishi Corp akan mempercepat strategi MidOcean untuk mewujudkan syarikat LNG global berkualiti tinggi, terpelbagai dan bersepadu yang 'tertumpu kepada industri tertentu'.

Mitsubishi Corp telah menjadi pemain aktif dalam sektor LNG selama lebih 50 tahun, dengan pelaburan merangkumi 12 projek merentasi lapan negara. Perkongsian ini menegaskan komitmen kedua-dua syarikat terhadap LNG dan memainkan peranan sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga. Mitsubishi Corp berhasrat membangunkan perniagaan syarikat itu ke arah mencapai masyarakat neutral karbon, sambil memenuhi tanggungjawab sebagai pembekal tenaga yang stabil dan memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berubah.

Pelaburan ini mendalami pangkalan pelabur mewah MidOcean dan membina momentum penting MidOcean sejak dilancarkan pada lewat tahun 2022. Baru-baru ini, MidOcean mengumumkan penyelesaian pengambilalihan portfolio projek LNG Australia daripada Tokyo Gas.

De la Rey Venter, Ketua Pegawai Eksekutif MidOcean Energy, berkata: “Kami amat teruja kerana Mitsubishi Corp menyertai sebagai pelabur utama dalam MidOcean Energy. Mitsubishi Corp telah menjadi perintis industri LNG global dan secara tekal menunjukkan kepakaran dan pandangan jauh dalam mengenal pasti peluang berharga. Pelaburan syarikat itu ialah bukti kepada asas pasaran LNG dan strategi MidOcean yang kukuh untuk mewujudkan platform pertumbuhan jangka panjang yang berdaya saing dalam LNG untuk para pelabur.”

R. Blair Thomas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif EIG, berkata: “Mengalu-alukan syarikat yang terkemuka dalam industri seperti Mitsubishi Corp sebagai pelabur utama dan rakan kongsi strategik mempercepat kemajuan MidOcean dalam mewujudkan syarikat LNG global berskala besar dan tertumpu kepada industri tersebut. Keperluan peralihan tenaga dunia menyumbang kepada pertumbuhan pesat dalam permintaan LNG global dan kami berharap dapat terus melaksanakan peluang menarik dan penting ini bersama pelabur dan rakan kongsi kami.”

Maklumat Tentang EIG
EIG ialah pelabur institusi terkemuka dalam sektor tenaga dan infrastruktur global dengan $22.9 bilion di bawah pengurusan pada 31 Disember 2023. EIG mempunyai kemahiran dalam pelaburan swasta bagi sektor tenaga dan infrastruktur berkaitan tenaga pada peringkat global. Sepanjang tempoh beroperasi selama 41 tahun ini, EIG telah memberikan komitmen lebih daripada $47.1 bilion kepada sektor tenaga melalui lebih 405 projek atau syarikat di 42 negara di enam benua. Pelanggan EIG banyak terdiri daripada pelan pencen terkemuka, syarikat insurans, endowmen, yayasan dan dana kekayaan negara di Amerika Syarikat, Asia dan Eropah. EIG beribu pejabat di Washington D.C. mempunyai pejabat lain di Houston, London, Sydney, Rio de Janeiro, Hong Kong dan Seoul.

Maklumat Tentang MidOcean Energy
MidOcean Energy, syarikat LNG yang dibentuk dan diuruskan oleh EIG, berusaha membina portfolio LNG global yang terpelbagai, berdaya tahan, berdaya saing dari segi kos dan karbon. Ini mencerminkan kepercayaan EIG terhadap LNG sebagai pemboleh kritikal peralihan tenaga dan kepentingan LNG yang semakin berkembang sebagai sumber tenaga strategik geopolitik. MidOcean Energy diketuai oleh De la Rey Venter, veteran industri berpengalaman selama 26 tahun yang telah memegang pelbagai peranan eksekutif kanan, termasuk Ketua Global LNG untuk Shell Plc.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web EIG di www.eigpartners.com atau laman web MidOcean Energy di www.midoceanenergy.com.

Maklumat Tentang Mitsubishi Corporation

Mitsubishi Corp mengendalikan pelbagai perniagaan yang merangkumi berbilang industri dan diawasi oleh lapan kumpulan perniagaan khusus industri: Tenaga Alam Sekitar, Penyelesaian Bahan, Sumber Mineral, Pembangunan & Infrastruktur Bandar, Mobiliti, Industri Makanan, Penciptaan Kehidupan Pintar dan Penyelesaian Kuasa.

Untuk maklumat tambahan, sila kunjungi laman web Mitsubishi Corporation di www.mitsubishicorp.com/jp/en/.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18028

No comments:

Post a Comment