Friday, March 29, 2024

SHOPEE SOKONG KETERANGKUMAN DENGAN PENUH BERGAYA






#RayaStailKita Menampilkan Kepelbagaian dan Usahawan Wanita


KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) -- Raya ini, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, sokong keterangkuman dan kepelbagaian dengan Pertunjukan Fesyen #RayaStailKita. Pertunjukan fesyen julung-julung kali diadakan ini mengetengahkan beberapa penjual fesyen di Shopee yang diterajui dan dimiliki wanita seperti Liyana Collection, Asikin Ahmad, Hernes, dan Inhanna.  Pertunjukan fesyen ini juga mengetengahkan model ‘body-positive’ Hikma sebagai model utama. Inisiatif ini menunjukkan usaha berterusan Shopee dalam membina ruangan e-dagang yang lebih terbuka dan inklusif yang memanfaatkan penjual dan pengguna.
 
Wanita di Shopee Memupuk Komuniti e-dagang yang Menyokong Satu Sama Lain
Shopee aktif menyediakan platform untuk wanita berjaya dalam e-dagang, dan kisah kejayaan mereka telah memberi inspirasi dan memperkasakan wanita lain dalam mengejar usaha perniagaan dalam e-dagang. Ramai usahawan wanita di Shopee secara ketara menyokong pemerkasaan wanita. Mereka mencipta persekitaran kerja fleksibel untuk memenuhi keperluan wanita, memupuk komuniti yang menyokong penjual wanita yang lain, dan sering mengambil pekerja yang mempunyai latar belakang berbeza termasuk wanita.
 
Puan Norliyana Abdul Ghani, Pengasas Liyana Collection, jenama fesyen Muslim dari Kedah dan salah satu jenama yang diketengahkan dalam Pertunjukan Fesyen 2024 #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita, sokong sentimen ini, “Lebih 90% pekerja kami adalah wanita dan dalam proses pengambilan pekerja kami, kami berusaha untuk memberi peluang kepada wanita untuk berjaya dalam e-dagang, membekalkan peluang kepada mereka yang menunjukkan tekad, bersemangat, dan sanggup belajar tentang industri fesyen, walaupun mereka tidak mempunyai kepakaran atau pengalaman.”
 
Puan Asikin Arifin, Pengasas dan Ahli Lembaga Asikin Ahmad, salah satu jenama yang diketengahkan dalam Pertunjukan Fesyen 2024 #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita, berkata, “Sebagai pemilik dan peneraju jenama, pemerkasaan wanita adalah dalam DNA kami. E-dagang membolehkan wanita untuk bekerja secara fleksibel dari jauh, diperibadikan mengikut jadual harian sebagai ibu dan penjaga buat ibu bapa mereka, dan mencapai kebebasan kewangan yang boleh meningkatkan taraf hidup keluarga dan komuniti terdekat.”
 
Shopee Membekalkan Peluang Peningkatan Kemahiran Buat Penjual Wanita
Shopee memacu pemerkasaan wanita di e-dagang melalui platform percuma Shopee University. Sejak ditubuhkan, Shopee University menawarkan kelas harian yang dihadiri lebih 100,000 dimana topik berkaitan peningkatan kemahiran. Penjual tempatan juga berpeluang ‘networking’ dengan usahawan wanita berjaya untuk meningkatkan potensi, membina perniagaan secara berskala, terutamanya dalam memaksimakan potensi dan pacu jualan untuk acara jualan penting sepanjang tahun.   
 
Sebagai penjual wanita dan pereka fesyen, Puan Norliyana sokong sentimen ini, “Terdapat peningkatan wanita muda, golongan Gen Z dan Milenial, yang menyertai ruangan e-dagang. Kami menjangkakan lebih ramai wanita muda untuk melancarkan kerjaya mereka di pasaran digital. Di sinilah program Shopee University amat penting. Ia membekalkan penjual dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya, meningkatkan kemahiran dan kebal masa depan dalam tenaga kerja e-dagang, terutamanya buat wanita.”
 
Puan Asikin bersetuju, “Apabila wanita diberi peluang untuk mengembangkan ilmu dan kemahiran mereka, ditambah lagi dengan jadual kerja fleksibel, mereka lebih cenderung untuk mengejar kerjaya dalam e-dagang.” Menurutnya, program latihan dan seminar yang dianjurkan Shopee membolehkan ramai wanita untuk mendapatkan ilmu baharu dan mencuba kemahiran baharu, daripada mengenalpasti trend utama, mengasah kemahiran insaniah untuk khidmat pelanggan yang lebih baik untuk memanfaatkan strim langsung di Shopee Live untuk keterlihatan jenama,” tambahnya.
 
Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, “Sebagai pemacu e-dagang utama di Malaysia yang kini berlanjutan ke 2024, penjual wanita merupakan kuasa utama di belakang pasaran e-dagang Malaysia yang berkembang pesat pada 2024. Dengan menembusi halangan dan mencapai kejayaan, penjual wanita ini telah membuka ekosistem e-dagang yang lebih inklusif dan berkembang maju untuk semua. Platform Shopee memperkasakan wanita bukan sahaja untuk melancarkan perniagaan tetapi juga mencipta persekitaran yang menyokong dan memanfaatkan semua yang terlibat.”

Nota untuk Pengarang
  1. Kajian ShopeeSapotLokal Building Connected Communities telah dijalankan oleh Shopee Marketplace dengan maklum balas sukarela yang diperoleh dari 1,000 penjual wanita di platform terhadap matlamat kerjaya  dan bagaimana mereka praktis keterangkuman pacu pemerkasaan wanita.
  2. Hasil penemuan Shopee Live: Pada 2023, keseluruhan pesanan strim langsung meningkat 500% berbanding 2022. Penjual tempatan baharu menyaksikan peningkatan sepuluh kali ganda dalam jualan dan enam belas kali ganda dalam pesanan pada 2023 berbanding 2022. 
 Mengenai Shopee
Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee menggalakkan sebuah ekosistem digital yang inklusif dan mampan dengan membolehkan pendigitalan perniagaan, membolehkan perniagaan-perniagaan mengembangkan kehadiran dalam talian mereka, membantu lebih ramai orang mengakses dan memperoleh manfaat daripada perkhidmatan digital, serta membangkitkan komuniti tempatan.
 
Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan tempatan berjaya dalam e-dagang.
 
Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE: SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang terkemuka. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kehidupan para pengguna dan perniagaan kecil menerusi teknologi melalui tiga perniagaan terasnya: Shopee, Garena dan SeaMoney.

SUMBER: Shopee

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Shopee 
E-mel: pr.my@shopee.com

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment