Tuesday, March 12, 2024

ILLUMINATION DAN NINTENDO MENGUMUMKAN FILEM ANIMASI BAHARU BERDASARKAN DUNIA SUPER MARIO BROS.




SANTA MONICA, Calif. & KYOTO, Jepun, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 Illumination (Ibu Pejabat: Santa Monica, CA, Amerika Syarikat; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif: Chris Meledandri) dan Nintendo Co., Ltd. (Ibu Pejabat: Kyoto, Minami-ku, Jepun; Wakil Pengarah dan Presiden: Shuntaro Furukawa, dikenali sebagai “Nintendo” selepas ini) pada hari ini mengumumkan bahawa gabungan ini akan menerbitkan filem animasi baharu berdasarkan dunia Super Mario Bros.

Filem animasi baharu berdasarkan dunia Super Mario Bros. ini dirancang akan ditayangkan pada 3 April 2026 di Amerika Syarikat dan banyak pasaran tambahan di seluruh dunia dengan wilayah terpilih ditayangkan sepanjang bulan April.

Filem ini akan diterbitkan oleh Chris Meledandri, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Illumination dan Shigeru Miyamoto, Wakil Pengarah, Felow Nintendo, diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic, serta ditulis oleh Matthew Fogel. Filem ini akan dibiayai bersama oleh Universal Pictures dan Nintendo, serta diedarkan untuk tayangan di pawagam di seluruh dunia oleh Universal Pictures.

Melalui penglibatan diri secara mendalam dalam penerbitan filem dengan tujuan untuk memberikan senyuman kepada semua individu melalui hiburan, Nintendo akan meneruskan usaha menghasilkan hiburan yang unik dan menyampaikannya kepada seramai individu yang mungkin.

Illumination teruja mahu meneruskan perkongsian bersama Nintendo, membawa gabungan kegembiraan dan penemuan yang istimewa kepada khalayak di seluruh dunia daripada semua peringkat umur, membolehkan mereka berhubung dengan watak dan cerita kesayangan masing-masing daripada antara satu francais paling popular di dunia.

• Maklumat Tentang Illumination
Illumination, yang diasaskan oleh Chris Meledandri pada tahun 2007, ialah satu daripada penerbit filem animasi blokbuster terkemuka dalam industri hiburan, termasuk Despicable Me-francais animasi paling berjaya dalam sejarah sinematik-serta Filem Super Mario Bros yang berjaya memecahkan rekod, Filem Dr. Seuss’ The Lorax, Dr. Seuss’ The Grinch dan The Secret Life of Pets and Sing. Perpustakaan Illumination mengandungi tiga daripada 10 filem animasi terbaik sepanjang zaman. Francais ikonik Illumination yang digemari-diselitkan dengan watak yang sukar dilupakan dan berbeza, tarikan global dan mempunyai kaitan budaya-telah mengaut lebih daripada $9 bilion di seluruh dunia. Illumination mempunyai perkongsian pembiayaan dan pengedaran eksklusif dengan Universal Pictures. Filem Illumination seterusnya ialah Despicable Me 4, yang akan ditayangkan di pawagam pada 3 Julai 2024.

• Maklumat Tentang Nintendo
Nintendo Co., Ltd., beribu pejabat di Kyoto, Jepun, telah mencipta francais yang telah menjadi jenama sebutan ramai di seluruh dunia, termasuk Mario™, Donkey Kong™, The Legend of Zelda™, Metroid™, Pokémon™, Animal Crossing™, Pikmin™ dan Splatoon™, melalui produk perkakasan dan perisian berintegrasi syarikat itu. Nintendo menyasarkan untuk menyampaikan pengalaman hiburan yang unik dan intuitif untuk semua individu, pembuatan dan pemasaran peranti permainan video seperti keluarga sistem Nintendo Switch™, membangun dan mengendalikan aplikasi untuk peranti pintar, serta bekerjasama dengan rakan kongsi dalam pelbagai inisiatif hiburan lain seperti kandungan visual dan taman tema. Nintendo telah menjual lebih daripada 5.6 bilion permainan video dan lebih 800 juta unit perkakasan di seluruh dunia. Sejak pelancaran Nintendo Entertainment System™ lebih daripada 30 tahun yang lalu, sehingga hari ini dan ke masa hadapan, misi berterusan Nintendo ialah untuk mencipta hiburan unik yang meletakkan senyuman pada wajah setiap individu di seluruh dunia.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53907820/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17976

No comments:

Post a Comment