Thursday, March 28, 2024

HOSPITAL PAKAR KPJ PASIR GUDANG BEKERJASAMA DENGAN NETSFERE UNTUK PEMESEJAN SELAMAT DAN PATUH

Platform pemesejan perusahaan selamat NetSfere digunakan di seluruh organisasi penjagaan kesihatan di seluruh dunia untuk melindungi keselamatan data dan memastikan pematuhan kawal selia, mengiktiraf kecenderungan sektor penjagaan kesihatan terhadap pelanggaran data dan syarat kawal selia yang ketat

CHICAGO, 27 Mac (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
 NetSfere, penyedia global bagi penyelesaian pemesejan dan mobiliti generasi akan datang yang selamat dan patuh, hari ini mengumumkan bahawa Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang (KPJ PGSH), salah sebuah penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di Malaysia, mewujudkan platform pemesejan perusahaan selamat untuk memperkasakan kakitangan penjagaan kesihatan dengan komunikasi yang selamat dan intuitif. NetSfere dilaksanakan untuk menepati misi KPJ PGSH bagi menjamin keselamatan dan profesionalisme.

Sebagai bahagian daripada menangani ancaman keselamatan siber dan memastikan data pesakit dan hospital selamat dan sulit, pengurusan KPJ PGSH melengkapkan kakitangannya dengan NetSfere. Dengan pelaksanaan bertaraf dunianya, NetSfere membolehkan penjaga untuk berbincang, berkongsi dan bekerjasama dengan lancar dalam persekitaran yang selamat sepenuhnya yang dikawal oleh dasar yang ditetapkan oleh pengurusan hospital. NetSfere Enterprise membolehkan pasukan IT menyediakan dasar untuk pemesejan bagi memastikan maklumat boleh kekal sulit dan di bawah kawalan organisasi.

“Membenarkan penjaga membincangkan maklumat dengan pantas dan mengelakkan kemungkinan pelanggaran data adalah perkara yang diperlukan oleh sistem penjagaan kesihatan semasa era teknologi ini supaya mereka boleh meningkatkan penjagaan pesakit,” kata Naib Presiden Kanan Asia Pasifik dan Timur Tengah untuk NetSfere, Chee Leng Loy. “NetSfere menyediakan sistem penjagaan kesihatan dengan cara yang mudah dan tanpa geseran untuk berkongsi idea, fail dan data tanpa menjejaskan produktiviti, keselamatan atau pematuhan.”

“Memandangkan kami menyaksikan ancaman keselamatan siber terhadap sistem penjagaan kesihatan meningkat, kami bersikap proaktif dengan menyediakan barisan pertahanan terbaik bersama NetSfere,” kata Khairul Hasanain Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ PGSH. “Platform NetSfere yang disulitkan hujung ke hujung membantu kakitangan penjagaan kesihatan kami selamat daripada organisasi pihak ketiga daripada mengakses data pesakit atau hospital.”

KPJ PGSH ialah hospital ke-23 di bawah teraju kumpulan KPJ Healthcare Berhad dan ditubuhkan untuk memenuhi keperluan perubatan terutamanya di Pasir Gudang dan kawasan kejiranannya di Johor. NetSfere mematuhi HIPAA, mengesahkan bahawa tiada data pengguna dikumpul atau disimpan. NetSfere baru-baru ini telah dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Strategi Persaingan Global 2023 untuk Kecemerlangan dalam Penyelesaian Pemesejan Selamat Global oleh firma perunding dan penyelidikan terkemuka, Frost & Sullivan. Platform tersebut tersedia pada mudah alih, komputer atas meja, penyemak imbas dan sistem pengendalian seperti IOS, Android, Windows dan Mac. Teknologi ini membolehkan lebih daripada 500 juta pelanggan global dan lebih daripada satu trilion mesej setiap tahun.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang NetSfere, lawati www.netsfere.com. Untuk maklumat lanjut mengenai KPJ PGSH, layari https://kpjhealth.com.my/pasirgudang/.

Perihal NetSfere

NetSfere adalah sebuah perkhidmatan dan platform pemesejan perusahaan yang selamat daripada Infinite Convergence Solutions, Inc. NetSfere menyediakan keselamatan peneraju industri dan keupayaan penghantaran mesej, termasuk ketersediaan perkhidmatan berasaskan awan global, penyulitan peranti ke peranti, ciri berasaskan lokasi dan kawalan pentadbiran. Perkhidmatan ini juga ditawarkan dengan kerjasama Deutsche Telekom GmbH, salah sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu yang terkemuka di dunia dan dengan NTT Ltd., sebuah pembekal perkhidmatan komunikasi maklumat global dan teknologi, untuk menawarkan NetSfere secara bersama kepada pelanggannya di seluruh dunia. Perkhidmatan ini memanfaatkan pengalaman Infinite Convergence dalam menyampaikan penyelesaian mobiliti kepada pengendali mudah alih peringkat 1 di seluruh dunia dan teknologi yang menyokong lebih daripada 500 juta pelanggan dan lebih satu trilion mesej pada setiap tahun. NetSfere juga mematuhi syarat peraturan global, termasuklah GDPR, HIPAA, Sarbanes-Oxley, ISO 27001 dan lain-lain. Infinite Convergence Solutions mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, India dan Singapura. Untuk maklumat lanjut, lawati www.netsfere.com.

Perihal Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang

KPJ Healthcare Berhad (KPJ) adalah salah sebuah penyedia penjagaan kesihatan swasta terkemuka di rantau ini dengan rangkaian 29 hospital di Malaysia yang menawarkan rangkaian perkhidmatan perubatan yang menyeluruh. Portfolio KPJ termasuk pengurusan hospital, perkhidmatan teknikal penjagaan kesihatan, pembangunan dan pentauliahan hospital, kejururawatan, sains kesihatan dan pendidikan penjagaan kesihatan profesional berterusan, perkhidmatan patologi, perolehan pusat dan farmasi runcit. Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang adalah hospital ke-23 di bawah teraju kumpulan KPJ Healthcare Berhad. Ia adalah penyedia penjagaan kesihatan swasta yang terletak di tengah-tengah kawasan perindustrian yang berkembang pesat di Pasir Gudang, Johor. Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang telah ditubuhkan untuk memenuhi keperluan perubatan terutamanya untuk Pasir Gudang dan kawasan kejiranannya di Johor. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=18006

No comments:

Post a Comment