Thursday, February 8, 2024

ZCG MENGUMUMKAN PERKONGSIAN BERTERUSAN DENGAN SCUDERIA FERRARI





Melanjutkan Perkongsian dan Kerjasama yang Berjaya Untuk Musim Formula 1 2024


NEW YORK, 7 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada hari ini Z Capital Group (“ZCG”) mengumumkan bahawa kumpulan itu telah menandatangani sebagai Rakan Kongsi Pasukan dengan Scuderia Ferrari untuk musim Formula 1 2024. Komitmen itu akan meneruskan perkongsian yang berjaya antara ZCG dan Scuderia Ferrari yang bermula pada tahun 2023.

Perkongsian tahun 2023 merangkumi pelbagai inisiatif kerjasama dan berinovatif dan, semasa musim Formula 1 2024, ZCG berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan Scuderia Ferrari bagi mengembangkan inisiatif ini dan mencari cara baharu, serta kreatif untuk melibatkan peminat Formula 1 di seluruh dunia berdasarkan pendedahan antarabangsa ZCG.

Scuderia Ferrari akan memperkenalkan kereta Formula 1 bagi tahun 2024 pada hari Selasa, 13 Februari 2024. Sebagai Rakan Kongsi Pasukan yang terkemuka, ZCG akan memampangkan logo kumpulan itu pada badan kereta sepanjang Kejuaraan Dunia Formula 1 2024, bermula di Grand Prix Bahrain pada 2 Mac. Selain penempatan logo, perkongsian ini merangkumi kerjasama lebih luas dan keterlibatan pelbagai aspek, menegaskan komitmen bersama terhadap kemaraan ke arah kejayaan dan pertumbuhan untuk perkongsian antara Scuderia Ferrari dan ZCG.

“Kami amat berbangga dengan hubungan kami dan berharap untuk meneruskan sokongan kami terhadap Scuderia Ferrari dan membina di atas kejayaan perkongsian kami pada musim 2023,” kata James Zenni, Pengasas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ZCG. “Ferrari secara konsisten menganjak sempadan inovasi dan pengembangan global. ZCG berkongsi visi Scuderia Ferrari untuk kecemerlangan dan pertumbuhan strategik, serta kami dengan penuh semangat menjangkakan kerjasama selanjutnya yang boleh membawa pengalaman dan keterujaan Formula 1 kepada lebih ramai peminat di seluruh dunia.”

“Kami berbesar hati untuk memperbaharui perkongsian kami dengan ZCG, yang dengan kumpulan itu kami berkongsi semangat untuk kecemerlangan dan keinginan menganjak sempadan inovasi, tanpa mengabaikan nilai dan kuasa yang diperoleh daripada pengalaman beberapa dekad dalam bidang masing-masing,” kata Lorenzo Giorgetti, Ketua Pegawai Hasil Perlumbaan Scuderia Ferrari. “Kami berminat untuk terus bekerjasama dengan ZCG bertujuan menjangkau khalayak yang lebih luas untuk berkongsi pengalaman unik Formula 1 dan dunia Scuderia Ferrari yang sangat istimewa.”

Satu daripada pertandingan sukan permotoran yang paling menarik dan berprestij di dunia, Formula 1 telah mengalami lonjakan populariti dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya di seluruh Amerika Syarikat. Bilangan penonton televisyen Amerika Syarikat meningkat dua kali ganda dari tahun 2018 hingga 2023, dengan purata 1.11 juta penonton setiap perlumbaan semasa musim 2023. ZCG kekal komited untuk menyokong pertumbuhan Formula 1 melalui perkongsian kumpulan itu dengan Scuderia Ferrari, pasukan yang paling berjaya dalam sejarah sukan ini.

Maklumat Tentang ZCG

ZCG ialah peneraju industri yang terdiri daripada pengurusan aset pasaran persendirian, perkhidmatan perundingan perniagaan, pembangunan dan penyelesaian teknologi.

Selama hampir 30 tahun, Prinsipal ZCG telah melaburkan puluhan bilion dalam modal dan mempunyai rekod prestasi industri cemerlang dalam ekuiti dan kredit persendirian.

ZCG mempunyai kira-kira $7B AUM dalam pengurusan aset dan pelabur syarikat itu ialah sebahagian daripada pelabur institusi global terbesar dan paling sofistikated termasuk dana pencen, endowmen, yayasan, dana kekayaan negara, bank pusat dan syarikat insurans.

ZCG mempunyai pasukan global yang terdiri daripada lebih 400 profesional. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.zcg.com.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53890624/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17877

No comments:

Post a Comment