Friday, February 23, 2024

PERANTAUAN DATA TANPA RISAU, KINI DALAM SETIAP APLIKASI: INOVATOR ESIM 1GLOBAL MEMBERIKAN TEKNOLOGI KEWANGAN PERKHIDMATAN PERANTAUAN SENDIRI




Table


Perantauan Data Tanpa Risau, Kini dalam Setiap Aplikasi: Inovator eSIM 1GLOBAL memberikan Teknologi Kewangan Perkhidmatan Perantauan Sendiri. (Grafik: Business Wire)

 
  • Minat yang semakin berkembang kepada integrasi API komunikasi mudah alih unik 1GLOBAL daripada syarikat pelancongan dan kewangan
  • Pakej data seluruh dunia tanpa caj perantauan akan ditawarkan kepada berjuta-juta pelanggan Eropah tidak lama lagi
  • Kumpulan teknologi kewangan menjadi golongan pertama dalam sektor yang akan menyepadukan teknologi 1GLOBAL ke dalam aplikasi perbankan

LONDON, 23 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Rangkaian industri yang menerapkan perkhidmatan inovatif 1GLOBAL terus berkembang apabila lebih 30 juta pelanggan Eropah akan dapat menghindari caj perantauan di lebih 160 negara tidak lama lagi.

Dengan menyepadukan API 1GLOBAL sepenuhnya, teknologi kewangan global Revolut kini menawarkan pelanggannya akses mudah dan pantas kepada rangkaian mudah alih global kos rendah 1GLOBAL. Setelah diaktifkan oleh pengguna, SIM terbenam (eSIM) dijana untuk peranti mudah alih.

Tanpa perlu meninggalkan aplikasi Revolut, pengguna boleh memasang eSIM dalam tempoh satu minit,” kata Hakan Koç, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 1GLOBAL. “Inilah sebabnya mengapa pemain daripada pelbagai industri seperti pelancongan, insurans, teknologi kewangan, syarikat penerbangan, logistik VIP dan banyak lagi meminta khidmat kami untuk meningkatkan rangkaian perkhidmatan yang mereka tawarkan dengan menyepadukan keterhubungan kami.

Daripada perlu mendapatkan SIM fizikal untuk mengakses rangkaian tempatan semasa ketibaan, pelanggan yang menggunakan aplikasi yang menyepadukan teknologi 1GLOBAL hanya perlu menyediakan eSIM pada peranti mereka. Ini memberi mereka kawalan sepenuhnya ke atas sambungan mereka, termasuk paparan penggunaan data. Mereka juga boleh menggunakan aplikasi untuk membeli pelan data walaupun mereka sudah kehabisan kuota.

“Di Revolut, kami tahu betapa pentingnya buat pelanggan kami untuk terus berhubung dengan perkhidmatan Revolut, di mana jua mereka berada, tanpa perlu risau tentang kuota data mereka. eSIM Revolut, dibangunkan dengan kerjasama 1Global, merupakan teknologi yang mudah dan memberikan nilai hebat yang disesuaikan dengan khalayak global kami,” ulas David Tirado, Naib Presiden Perniagaan Global di Revolut.
 
Apa jua syarikat boleh menyepadukan teknologi 1GLOBAL ke dalam penawaran pelanggannya sendiri melalui satu set API. Natijahnya, pelanggan kekal dalam aplikasi tersebut lebih lama, saluran hasil baharu dicipta, nilai untuk pelanggan dijana, dan kesetiaan jenama meningkat.

Dalam kes Revolut, integrasi penuh teknologi 1GLOBAL telah diterapkan dalam aplikasinya sendiri dan di bawah jenamanya sendiri. Sebagai alternatif, syarikat boleh menawarkan sambungan 1GLOBAL sekadar sebagai pihak ketiga atau rakan sekutu melalui rujukan (seperti kod QR) yang mengarahkan pengguna memuat turun perisian eSIM dan 1GLOBAL mereka.

Sebagai inovator teknologi telekomunikasi, kami telah mencipta rangkaian telekomunikasi global kami sendiri dan boleh mengeluarkan eSIM dan Identiti Pelanggan Mudah Alih Antarabangsa (IMSI),” terang Koç. “Ini membezakan kami daripada vendor yang tidak mempunyai infrastruktur rangkaian mereka sendiri dan hanya menjual semula pakej data.”

Platform 1GLOBAL memberikan pengendali aplikasi keupayaan untuk menawarkan kepada pengguna sambungan global yang disokong oleh sembilan Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO), lima rakan kongsi perantauan tajaan antarabangsa serta lebih 150 sambungan. Keterhubungan jenis ‘berskala hiper’ ini, dengan 2000 laluan kepada 350 pembawa mudah alih yang merangkumi 2G hingga 5G dan LPWAN merupakan sesuatu yang mustahil untuk diwujudkan tanpa memanfaatkan teknologi inovatif 1GLOBAL.

Perihal 1GLOBAL

1GLOBAL menyediakan keterhubungan rangkaian mudah alih yang cepat dan selamat di lebih 160 negara di seluruh dunia. Teknologi eSIM mereka disepadukan dengan lancar ke dalam aplikasi Revolut sedia ada dan boleh dipasang pada mana-mana peranti mudah alih yang serasi dengan eSIM dalam tempoh kurang daripada satu minit.

Ditubuhkan pada 2022, 1GLOBAL ialah sebuah syarikat permulaan baharu Hakan Koç, pengasas bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bersama AUTO1 Group. 1GLOBAL membangunkan sekumpulan aset telekomunikasi yang beroperasi sejak 2006, termasuk rangkaian mudah alih global yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, ditauliahkan oleh GSMA. Beribu pejabat di London, dengan hab R&D di Lisbon, mereka kini telah berkembang dan terdiri daripada lebih 400 pekerja di 12 negara dan telah diberikan status MVNO terkawal sepenuhnya di sembilan buah negara yang mereka bertapak.

www.1global.com

Perihal Revolut

Revolut merupakan teknologi kewangan global yang membantu orang ramai mendapatkan lebih banyak manfaat daripada wang mereka. Pada 2015, Revolut dilancarkan di UK menawarkan pemindahan dan pertukaran wang. Hari ini, lebih daripada 35 juta pelanggan di seluruh dunia menggunakan berpuluh-puluh produk inovatif Revolut untuk melakukan lebih daripada setengah bilion transaksi sebulan.

Di seluruh akaun peribadi dan perniagaan kami, kami memberi pelanggan lebih kawalan ke atas kewangan mereka dan menghubungkan orang ramai dengan lancar di seluruh dunia.

www.revolut.com

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/ 53900064/en


Maklumat Perhubungan

Ingmar Remus & Thomas Klimmek
1GLOBAL@siccmamedia.de
 
Sumber: 1GLOBAL

No comments:

Post a Comment