Saturday, April 15, 2023

KAMPUNG HALAMAN BAGI TEH PUTIH CINA: DAUN KECIL FUDING MEWUJUDKAN SEBUAH INDUSTRI BESAR




FUDING, China, 14 April, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Baru-baru ini, Konvensyen Perdagangan Teh Putih China Pertama dan Festival Teh Putih Fuding ke-12, telah dibuka di Pekan Diantou di bandar raya Fuding di wilayah Fujian. Dalam tempoh masa ini, teh Musim Bunga Fuding telah mula dipetik untuk pengeluaran teh putih bagi pasaran itu, menurut Pusat Media Penumpuan Fuding. Sebagai satu daripada kawasan pengeluaran teras paling penting bagi teh putih di China, bandar raya Fuding di wilayah Fujian terkenal sebagai kampung halaman bagi teh putih di negara itu.

Pada November 2022, "Teknik pemprosesan teh tradisional dan amalan sosial yang berkaitan mereka di China" termasuk teknik membuat teh putih Fuding, telah ditambahkan kepada Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Kebudayaan Tak Ketara untuk Kemanusiaan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan telah merebut peluang untuk mewujudkan sebuah taman perindustrian pertanian moden kebangsaan bagi menggalakkan kualiti dan kecekapan untuk keseluruhan rantaian perindustrian dan memudahkan pencergasan semula luar bandar, yang mendasarkan kekuatan mereka di dalam sumber pertanian (teh putih Fuding), lokasi, ekologi, penjenamaan, modal, budaya, dsb., dan langkah-langkah pelaksanaan termasuk pertanian yang dipacu oleh teknologi, pengurangan cukai dan yuran, sokongan kewangan.

Pada tahun 2022, kira-kira 305,000 mu (kira-kira 20,333 hektar) bagi kawasan ladang teh tersedia untuk memetik teh di Fuding, dengan jumlah pengeluaran sebanyak 31,000 tan teh, termasuk 23,000 tan teh putih. Jumlah nilai pengeluaran bagi industri teh di bandar raya itu ialah 13.891 bilion yuan.

Selama bertahun-tahun, Fuding telah mengambil industri teh dengan kukuh sebagai tonggak kepada memajukan pembasmian kemiskinan dan pencergasan semula luar bandar. Berpusat kepada pembangunan yang diselaraskan bagi "teh yang berkualiti tinggi, teh bagi sains dan teknologi, teh bagi jenama premium", Fuding telah menggalakkan pembangunan industri itu di dalam lima aspek. Dengan terus-menerus meningkatkan kesan bagi jenama teh putih Fuding, bandar raya itu telah membantu secara berkesan 380,000 orang di dalam industri teh meningkatkan pendapatan mereka dan menjalani sebuah kehidupan yang lebih baik.

Industri teh putih Fuding bersedia untuk menggandakan usaha mereka di dalam membangunkan pasaran antarabangsa, meningkatkan penanaman varieti dan nilai jenama, mengembangkan impak antarabangsa bagi teh putih mereka dan menjual lebih banyak produk dengan harga yang lebih kompetitif.
 
Sumber: Pusat Media Penumpuan Fuding 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17028

No comments:

Post a Comment