Friday, April 14, 2023

ALAMI KESELESAAN DAN GAYA DI HOTEL TERBAHARU DI SAPPORO: TRAVELODGE SAPPORO SUSUKINO MEMBUAT PEMBUKAAN BESAR-BESARAN MEREKA

 SAPPORO, Jepun, 14 April, 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --


Pengusaha rangkaian hotel Travelodge Hotels (Asia) Pte. Ltd. telah membuka Travelodge Sapporo Susukino di Bandar raya Sapporo, Hokkaido, pada 20 Februari, 2023. Lokasi utama hotel itu, yang terletak bersebelahan dengan tempat Susukino Festival Salji Sapporo, telah terbukti berfaedah, terutamanya apabila acara itu disambung semula pada kapasiti penuh selepas terhenti selama tiga tahun disebabkan oleh COVID-19. Travelodge Sapporo Susukino mendukung reputasi jenama Travelodge bagi penginapan yang selesa, terkenal merentasi pasaran Asia seperti Hong Kong, Korea Selatan, Thailand, Malaysia dan Singapura.

Lobi Hotel:  
https://www.travelodgehotels.asia/travelodge-sapporo-susukino/wp-content/uploads/sites/28/2023/03/Lobby-space.jpg
 
- Sentiasa Pada Dasarnya Lebih Baik
Travelodge Sapporo Susukino komited kepada janji jenama mereka "Telah Pada Dasarnya Melindungi Anda." Bilik-bilik tamu mereka mempunyai katil-katil yang selesa, bantal dan sebuah bilik mandi dengan pancuran mandian hujan, serta meja kerja yang boleh alih, untuk memastikan penginapan yang selesa dan produktif. Hotel itu menyediakan internet berkelajuan tinggi dan kemudahan dobi sendiri, menawarkan tetamu dengan satu  pengalaman yang selesa dan seperti di rumah sepanjang penginapan mereka. Sama ada tetamu itu adalah seorang pengembara solo yang ingin menerokai Bandar raya Sapporo atau mencari sebuah oasis yang damai untuk berehat, hotel itu menawarkan sebuah tempat yang sempurna.
 
Bilik:
https://www.travelodgehotels.asia/travelodge-sapporo-susukino/wp-content/uploads/sites/28/2023/03/Superior-Twin-room-overview-scaled.jpg
 
- Temui Mercu Tanda Ikonik Sapporo di Setiap Sudut di Travelodge Sapporo
Susukino Travelodge Sapporo Susukino amat berbesar hati untuk menawarkan kepada tetamu dengan satu pengalaman tersendiri di hotel serba baharu itu. Setiap daripada 212 bilik tamu dan lobi hotel itu menampilkan pemandangan Sapporo yang terkenal, termasuk lintasan Susukino, Menara TV Sapporo dan Menara Jam Sapporo, yang dipamerkan di dinding. Ini mewujudkan satu suasana yang mengasyikkan, seoleh-olah membawa tetamu ke pusat bandar Sapporo dan menawarkan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan tanpa meninggalkan hotel itu.

- Ruang Istirehat dan Ruang Kerja Bersama "The Social"
Travelodge Sapporo Susukino mempunyai sebuah ruang kerja bersama yang diberikan secara percuma kepada semua penghuni dan tersedia dengan bayaran kepada bukan penghuni. Ruang itu menyediakan persekitaran kerja yang selesa dan tenang, dengan setiap tempat duduk dilengkapi dengan sebuah salur kuasa untuk mengecas bateri. Ini membolehkan tetamu untuk bekerja, berehat atau memberi tumpuan dengan mudah, sekali gus memastikan penginapan yang tenang dan produktif.
 
Maklumat mengenai Travelodge Sapporo Susukino
Alamat: 12-1, Nishi 5, Minami 6, Chuo-ku, Sapporo 064-0806 Jepun
Dibuka: 20 Februari, 2023
Jumlah Bilangan bilik: 212, termasuk 1 bilik untuk tetamu yang kurang upaya
 
Tapak rasmi: https://www.travelodgehotels.asia/travelodge-sapporo-susukino/
 
Sumber: Travelodge Sapporo Susukino

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment