Tuesday, January 22, 2019

PEJABAT NESTLÉ SKIN HEALTH DIBUKA DI MALAYSIA

Pasaran Asia Pasifik membuka syarikat sekutu baharu di Kuala Lumpur

 
KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Nestlé Skin Health, peneraju global yang memberikan tumpuan dalam mempertingkatkan kualiti hidup dengan menyediakan penyelesaian berasaskan sains untuk kesihatan kulit, hari ini mengumumkan pembukaan pejabat baharu di Malaysia yang akan dapat membantu syarikat untuk berkembang maju di rantau ini.
 
Pembukaan cawangan di Malaysia membuktikan komitmen syarikat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan dan penggunanya di samping memperluaskan potensi pasaran yang kian meningkat.
 
Bercakap tentang pembukaan pejabat di Kuala Lumpur; Can Ongen, Timbalan Presiden dan Ketua Pasaran Antarabangsa, Nestlé Skin Health S.A, berkata; “Visi kami adalah untuk mengubah cara masyarakat sedunia berfikir tentang kesihatan kulit. Dengan wujudnya syarikat di Kuala Lumpur, para pengguna dan pakar penjagaan kesihatan di negara ini dapat menjangkakan rangkaian penyelesaian kesihatan kulit yang inovatif dan meluas dibangunkan untuk melindungi, memanfaatkan dan mempertingkatkan kesihatan kulit.”
 
Fraser Halscheid, Ketua Asiana & Pengurus Besar Singapura, Nestlé Skin Health, berkata: “Keputusan untuk mengembangkan lagi syarikat di Asia Tenggara dan membuka syarikat sekutu merupakan langkah yang bijak dalam strategi perkembangan perniagaan kami. Kami percaya betapa pentingnya menubuhkan cawangan baharu dalam pasaran. Kakitangan setempat kami akan berjaya merapatkan hubungan dengan pelanggan kami di sini dan memahami sebaiknya ciri dan keperluan pengguna kesihatan kulit di negara ini.”
 
Potensi pasaran yang kukuh

Dengan populasi melebihi 30 juta penduduk, ekonomi Malaysia kian dinamik dan pelbagai serta semakin meningkat dalam perbelanjaan pengguna. Dalam bidang penjagaan kulit dan penjagaan kesihatan diri, produk penjagaan kulit sensitif mempamerkan pertumbuhan yang memberangsangkan1 maka membuktikan potensi pasaran yang kukuh untuk Nestlé Skin Health.
 
Untuk membuktikan populariti rangkaian penjagaan kulit pengguna di Malaysia, Cetaphil, baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai ‘Jenama Paling Digemari Pengguna’ oleh Watson, sebuah syarikat peruncit rangkaian penjagaan kesihatan dan kecantikan terbesar di Asia. Begitu juga pada 2018, syarikat peruncit rangkaian produk penjagaan diri terkemuka, Guardian, telah menganugerahkan Cetaphil Baby dengan  ‘Jenama Pilihan Pengguna Tahunan’ dalam kategori penjagaan kulit bayi.
 
Nael Itani, Pengurus Besar Indonesia dan Pasaran Eksport Asia Tenggara akan membimbing syarikat sekutu ini di bawah kepimpinan Ketua Hub Asia Tenggara, Fraser Halscheid. Pejabat di Kuala Lumpur akan dikendalikan oleh kakitangan setempat, diterajui oleh Pengarah Komersil Cindy Tiu, dengan sokongan rakan sekerja dari Nestlé Skin Health di rantau ini. Pasukan ini amat teruja kerana diberi peluang untuk membangunkan perniagaan dalam pasaran yang pantas berkembang ini.
 
Maklumat tentang Nestlé Skin Health
 
Misi Nestlé Skin Health ialah untuk mempertingkatkan kualiti hidup dengan menyediakan penyelesaian berasaskan sains untuk kesihatan kulit, rambut dan kuku. Sebagai salah sebuah syarikat peneraju bidang ini, Nestlé Skin Health menjalankan penyelidikan produk yang merintis penemuan baharu untuk memberikan teknologi dan produk yang inovatif dalam melindungi, memanfaatkan dan mempertingkatkan kesihatan kulit kepada komuniti penjagaan kesihatan serta pengguna.
 
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.nestleskinhealth.com
 
1 Sumber: Nielsen YTD Nov 2018 (Value)
 
Maklumat Hubungan Media
Sébastien Cros, Ketua Komunikasi Korporat, info@nestleskinhealth.com

Sumber:  Nestlé Skin Health

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment