Thursday, January 10, 2019

MK FOOD VALLEY MENGEKSPORT MINUMAN KOREA OMIJA YANG MEMPESONAKAN TUNAS RASA PENGGUNA DI SELURUH DUNIA DENGAN RASANYA TERSENDIRI



MUNGYEONG, Korea Selatan, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MK Food Valley Corp. sedang memperluaskan eksport minuman Omija mereka yang berkualiti tinggi yang diperbuat dengan beri daripada pokok Omija (Maximowiczia chinensis) yang tumbuh di sebuah kawasan yang mempunyai udara dan air yang sangat bersih.

Syarikat itu telah memenangi dua Anugerah Citarasa Superior dari iTQi pada tahun 2016 dan sebuah Anugerah Inovasi pada SIAL Timur Tengah Abu Dhabi pada tahun 2018. ITQi adalah Institut Citarasa & Kualiti Antarabangsa, sebuah organisasi yang khusus untuk mengesahkan citarasa bagi produk makanan dan minuman. SIAL Timur Tengah Abu Dhabi adalah sebuah pameran perdagangan antarabangsa untuk makanan yang berlangsung sekali setahun di Abu Dhabi.

Omija adalah beri berwarna kemerah-merahan dari tanaman Omija, dengan sebiji beri berukuran satu sentimeter lebar. Ia berada dalam musim pada September di Korea. Omi dalam bahasa Korea bererti lima rasa. Beri itu diberi nama begitu, kerana rasanya yang manis, masam, pahit, masin dan pedas berempah kesemuanya pada masa yang sama. Antara lima itu, rasa masam adalah yang paling kuat. Berbanding dengan beri Noni (Morinda citrifolia), Acai dan Aronia, Omija mengandungi kalsium, kalium dan magnesium masing-masing sebanyak 30 kali, 5 hingga 30 kali dan lebih daripada 10 kali ganda.

MK Food Valley  menghasilkan Siri Sirap Omija, Omija Redcho dan Jus Omija, kesemuanya diperbuat dengan Omija yang dipetik di Mungyeong, Wilayah Utara Gyeongsang. Sirap Omija telah dibekalkan kepada francais kopi Starbucks Korea dan Tom N Toms di Thailand. Siri Jus Omija dieksport ke 13 buah negara.

Mungyeong Omija Fizzio, sejenis minuman Starbucks Korea yang diperbuat dengan Sirap Omija dari MK Food Valley, mendapat populariti yang hebat di kalangan pengguna. Tom N Toms di Thailand memperkenalkan menu minuman Omija yang dibekalkan oleh perbadanan itu. Walaupun beri itu tidak dikenali oleh orang Thai, menu itu mendapat sambutan yang penuh bersemangat.

"Sirap Omija kami adalah satu-satunya sirap Korea yang telah memenangi pertandingan inovasi dalam dua pameran perdagangan makanan & minuman utama -- Gulfood Dubai dan SIAL Paris," kata pegawai MK Food Valley. "Mengambil pensijilan pameran antarabangsa bagi produk kami sebagai satu momentum untuk pertumbuhan seterusnya, kami akan mempertingkatkan R&D untuk meningkatkan eksport kami dengan pelbagai produk yang lebih luas."

Maklumat lanjut mengenai MK Food Valley boleh diperolehi di http://www.omijamall.co.kr/ atau https://www.facebook.com/omijamall.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11781

1 comment:

  1. Thank you for sharing this informative blog with us. This is really helpful. keep sharing these kinds of blogs.
    Gulfood 2022

    ReplyDelete