Wednesday, January 23, 2019

MPP GLOBAL MENGHUBUNGKAN JURANG INOVASI DENGAN MEMUSATKAN PENGURUSAN PELANGGAN FIZIKAL DAN DIGITAL DAN PENGEBILAN DALAM SATU PLATFORM AWAN

WARRINGTON, UK, 18 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- MPP Global, syarikat teknologi yang menyediakan eSuite, platform pengurusan pelanggan & pengebilan paling pintar di dunia, mengumumkan pelancaran kefungsian penting baharu yang membolehkan organisasi media mencipta dan menguruskan jualan langganan fizikal dengan lancar. Hal ini menjadikan eSuite penyelesaian pengurusan langganan fizikal dan digital yang lengkap.

Pembangunan kefungsian pertama dalam industri ini didorong oleh cabaran yang biasa dihadapi oleh penerbit apabila menguruskan berbilang sistem untuk mengerahkan langganan cetakan dan digital terberkas. Ini tidak fleksibel untuk penerbit dan mengurangkan pilihan untuk pelanggan mereka, yang mengehadkan keupayaan untuk mencipta dan menawarkan berkas langganan digital dan cetakan dengan lancar.

Walaupun langganan digital dalam kalangan pelanggan meningkat, cetakan masih merupakan hampir 90% daripada hasil edaran secara global. Untuk mendorong hasil pembaca dengan berjaya, penerbit memerlukan kefungsian untuk melaksanakan strategi langganan cetakan dan digital yang saling melengkapi. Ini juga memastikan penerbit berada di kedudukan yang baik untuk sebarang perubahan terhadap penerimaan yang lebih banyak untuk langganan digital-sahaja, model perniagaan berdasarkan artikel dan masa, pada masa hadapan.

Sistem pengurusan langganan digital-sahaja yang digunakan oleh kebanyakan penerbit tidak mampu untuk memenuhi keperluan langganan cetakan dengan jayanya, dan begitu juga sebaliknya. Memenuhi kehendak langganan digital dan fizikal menyebabkan ramai penerbit mengguna pakai platform berbeza, yang memerlukan sumber operasi tambahan dan menyebabkan penambahan kos.

Infrastruktur legasi yang tidak fleksibel, ditambah dengan penamatan sokongan daripada vendor utama untuk langganan fizikal dan cetakan juga telah menjadikannya bertambah sukar bagi organisasi media untuk melancarkan langganan berkas, dan mengerahkan atau mengubah pakej produk pada masa nyata.

Sebagai tindak balas terhadap isu ini, MPP Global telah berusaha dengan para pelanggan medianya yang ramai untuk membangunkan set ciri yang kaya untuk eSuite, yang mendayakan pelancaran pakej cetakan, digital dan berkas yang berjaya dalam masa beberapa minit, menggunakan platform awan tunggal.

eSuite kini menawarkan pengurusan langganan lengkap untuk berkas, yang termasuk gabungan produk digital, cetakan dan fizikal. Ini melenyapkan keperluan untuk penyepaduan kompleks antara sistem luaran yang berbeza dan menghasilkan keberkesanan operasi yang dipertingkatkan, masa ke pasaran yang lebih cepat dan kos pemilikan yang berkurangan.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=11813

No comments:

Post a Comment