Tuesday, January 8, 2019

DXC TECHNOLOGY AKAN MEMPEROLEHI INOVATOR DIGITAL TERKEMUKA LUXOFT

Akses kepada Bakat Digital, Keupayaan Pelengkap Menjanjikan untuk Memangkinkan Pertumbuhan

TYSONS, Va. & NEW YORK, 8 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- DXC Technology (NYSE: DXC) dan Luxoft Holding, Inc (NYSE: LXFT) hari ini mengumumkan satu perjanjian muktamad bagi DXC untuk memperolehi Luxoft, sebuah inovator digital yang berskala global dengan penawaran yang berbeza, kepakaran industri menegak yang mendalam dan bakat digital yang bertaraf dunia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190107005557/en/

Selaras dengan perjanjian itu di antara DXC dan Luxoft, kesemua saham biasa Luxoft Kelas A dan Kelas B yang diterbitkan dan terkumpul akan menerima $59.00 sesaham dalam bentuk tunai, yang mewakili satu jumlah nilai ekuiti sebanyak kira-kira $2 bilion.

Bersama-sama, DXC dan Luxoft akan menawarkan satu proposisi nilai pelanggan yang berbeza untuk transformasi digital akhir-ke-akhir dengan menggabungkan keupayaan kejuruteraan digital Luxoft dengan kepakaran DXC di dalam pemodenan dan integrasi IT. Pengambilalihan itu akan mempercepatkan pertumbuhan digital dan strategi penjualan secara berperingkat yang digariskan oleh DXC pada Hari Pelaburmereka pada musim luruh yang lepas, dan akan memperluaskan akses kepada bakat digital utama.

Luxoft menyediakan perkhidmatan perundingan dan kejuruteraan strategi digital untuk syarikat-syarikat merentasi Amerika Utara, Eropah dan rantau Asia Pasifik. Dengan beribu pejabat di Zug, Switzerland, syarikat itu mencapai hasil sebanyak $911 juta sepanjang empat suku tahun terakhir yang dilaporkan, dengan satu kadar pertumbuhan tahunan kompaun dua angka (CAGR) yang kukuh dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

"Luxoft dan DXC sangat saling melengkapi, dan visi bersama kami mengenai transformasi digital menjadikan penggabungan strategik ini sesuatu yang sangat sesuai bagi kedua-dua buah organisasi -- dan sangat bermanfaat bagi pelanggan kami," kata Mike Lawrie, pengerusi, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, DXC Technology. "Luxoft mempunyai rekod prestasi dan kepakaran yang terbukti di dalam menghasilkan perniagaan yang boleh diukur secara berskala bagi pelanggan global merentasi industri-industri utama, termasuk perkhidmatan automotif dan kewangan. Penambahan Luxoft itu mempercepatkan strategi pertumbuhan DXC ketika kami melengkapkan syarikat itu untuk memenuhi keperluan digital bagi pelanggan kami pada hari ini dan pada masa akan datang."

Sebuah Pemimpin Digital

Luxoft menawarkan keupayaan digital yang berbeza di dalam bidang seperti analisis, UX/UI, loT dan blok rantai, dan ia merupakan sebuah pemain penting di dalam perkhidmatan kejuruteraan penyumberan luar, awan dan pembangunan dan operasi. Luxoft membawa kepakaran menegak yang mantap di dalam industri-industri utama, termasuk automotif (kokpit digital, pemanduan autonomi, mobiliti yang bersambung), perkhidmatan kewangan (perundingan digital, pengawalseliaan & pematuhan, pelaksanaan platform) dan penjagaan kesihatan/sains hayat (makmal digital, penglibatan pelanggan). Luxoft juga membawa satu portfolio yang kukuh bagi penawaran industri lain untuk perjalanan, media & komunikasi dan tenaga & utiliti.

Bersama-sama, Luxoft dan DXC akan mempunyai kepakaran industri yang luas dan mendalam. Syarikat yang bergabung itu akan dapat menawarkan:
  • Keupayaan digital akhir-ke-akhir bagi industri perkhidmatan kewangan, dengan jejak global yang sebenar;
  • Perkhidmatan baharu dalam insurans, di mana DXC adalah sebuah pemimpin industri yang diiktiraf;
  • Penawaran yang tidak dapat ditandingi untuk industri automotif, dengan menggabungkan pengetahuan dan pengalaman Luxoft di dalam sistem kereta dengan keupayaan DXC di dalam awan dan keselamatan bagi perkhidmatan auto yang bersambung; dan
  • Perkhidmatan yang terkemuka dalam industri di dalam bidang penjagaan kesihatan dan sains hayat, dengan membawa bersama pengalaman DXC di dalam sistem khusus dengan keupayaan digital Luxoft.
Luxoft mempunyai tenaga kerja digital berkemahiran tinggi seramai hampir 13,000 orang, dengan sebahagian besar daripada mereka memiliki ijazah sarjana atau PhD, serta latar belakang industri yang mendalam. Syarikat itu membina dan mengendalikan pengambilalihan dan platform pengurusan bakat yang unik yang secara konsisten menyampaikan pengambilan digital tepat pada masa, dengan satu keupayaan untuk memanfaatkan platform itu merentasi DXC bagi meningkatkan kecekapan pengambilan pekerja.

Luxoft memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan tersohor di setiap rantau, dengan kedalaman tertentu di pasaran Eropah. Di ruang automotif, syarikat gabungan itu -- Luxoft campur DXC -- akan memberi perkhidmatan kepada lebih 20 pengeluar dan OEM merentasi Amerika Utara, Eropah dan rantau Asia Pasifik. Syarikat gabungan itu akan memberi perkhidmatan kepada separuh daripada institusi kewangan utama di benua Amerika dan Eropah.

Luxoft akan mengekalkan jenama mereka dan beroperasi sebagai "Sebuah Syarikat DXC Technology," dan akan terus diketuai oleh Dmitry Loschinin, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif semasa syarikat itu, yang akan melapor kepada Lawrie.

"Kejayaan kami dalam tahun-tahun kebelakangan ini telah diterajui oleh bakat dan keupayaan kami untuk merekabentuk, membangun dan menyampaikan penyelesaian digital yang benar-benar berinovatif yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan pelanggan," kata Loschinin. "Menyelaraskan dengan DXC memberikan satu peluang yang menarik untuk membuka nilai baharu bagi pekerja, pelanggan dan rakan-rakan kami. Kami akan memperoleh skala, sumber dan kehadiran pasaran untuk memberi perkhidmatan dan bersaing dengan lebih baik, dan untuk lebih cepat merealisasikan visi kami. Sebagai sebahagian daripada DXC, kami akan memelihara keupayaan dan budaya Luxoft yang berbeza dan pada masa yang sama memacukan pertumbuhan bagi syarikat gabungan itu."

Faedah Urus Niaga

Pengambilalihan Luxoft itu akan memperluaskan portfolio penawaran digital DXC, memperluaskan kehadiran mereka dalam pertumbuhan tinggi menegak, meningkatkan akses kepada bakat kejuruteraan di seluruh dunia dan mengukuhkan proposisi keseluruhan nilai digital DXC. Tumpuan bagi urus niaga itu adalah kepada mempercepatkan pertumbuhan bagi DXC, dengan satu tumpuan terhadap perkhidmatan digital jualan bersilang, memperluaskan ke dalam pasaran baharu dan meningkatkan bakat digital.

Syarikat gabungan itu akan mendapat manfaat daripada penyelesaian, platform, model penghantaran dan IP Luxoft yang berbeza -- serta perkongsian terkemuka industri yang melengkapkan DXC itu sendiri. Sinergi hasil dijangka diperolehi daripada penawaran jualan bersilang Luxoft merentasi portfolio DXC, sambil membawa kepakaran DXC di dalam pemodenan IT dan integrasi digital kepada pelanggan Luxoft.

Maklumat mengenai Urus Niaga itu

Penutupan bagi urus niaga itu dijangka menjelang Jun 2019 dan adalah tertakluk kepada syarat-syarat lazim dan kelulusan pengawalseliaan. Pemegang saham yang mewakili kira-kira 83 peratus daripada jumlah kuasa pengundian bagi Luxoft telah menyampaikan persetujuan secara bertulis untuk menyokong urus niaga itu, yang mana keperluan bagi kelulusan pemegang saham Luxoft telah diperolehi.

DXC mengharapkan gabungan itu akan menjadi nilai tokokan, yang didorong oleh keupayaan dan penawaran pelengkap, penyelesaian yang berbeza untuk pelanggan dalam transformasi digital besar akhir-ke-akhir, satu saluran bakat digital yang konsisten, dan akses kepada pertumbuhan pesat yang menegak. Bersama-sama, DXC dan Luxoft akan menangani spektrum lengkap bagi inisiatif digital yang dipacu oleh perniagaan, daripada memodenkan sistem legasi IT kepada menyampaikan penyelesaian digital transformasi pada skala.

Peluang-peluang bagi Pemegang Saham Utama

Gabungan Luxoft dengan DXC itu akan mewujudkan peluang-peluang baharu bagi pelanggan, pekerja, dan rakan kongsi:
  • Bagi pelanggan, syarikat gabungan itu akan mewujudkan satu proposisi transformasi digital akhir-ke-akhir yang baharu dan mengintegrasikan tawaran bagi industri utama yang menegak. Syarikat gabungan itu akan menawarkan platform digital yang berbeza yang mengintegrasikan keupayaan terbaik dari kedua-dua buah syarikat. Akses yang lebih besar kepada bakat digital akan memendekkan masa kitaran projek, dan satu jejak pusat penghantaran yang diperluaskan akan membawa keupayaan digital lebih dekat kepada pelanggan.
  • Bagi pekerja, terutamanya pereka dan jurutera, mengembangkan keupayaan hujung-ke-hujung akan memberikan akses kepada teknologi dan inovasi terkini -- dengan keupayaan untuk melaksanakan penyelesaian pada satu skala global. Syarikat gabungan itu juga akan menawarkan peluang-peluang yang signifikan kepada kalangan profesional untuk mengembangkan kemahiran digital mereka, termasuk akses kepada program pensijilan terbaharu dari rakan-rakan teknologi.
  • Dan rakan-rakan kongsi sendiri akan dapat bekerja dengan sebuah syarikat bebas yang menggabungkan keupayaan digital bahagian depan yang terbaik dengan kemahiran yang tidak dapat ditandingi di dalam pemodenan dan integrasi IT.
Panggilan Persidangan Hari ini

Pengurusan kanan DXC dan Luxoft akan mengadakan satu panggilan persidangan dan siaran web pada pukul 8.30 pagi EST. Nombor untuk mendial bagi pemanggil domestik adalah (888) 220-8451. Pemanggil yang tinggal di luar Amerika Syarikat perlu menghubungi +1 (323) 794-2588. Kod laluan bagi semua peserta adalah 2797121. Siaran web audio dan sebarang slaid persembahan boleh didapati di laman web Perhubungan Pelabur Teknologi DXC.

Satu rakaman ulangan bagi panggilan persidangan itu boleh diperolehi dari kira-kira dua jam selepas tamatnya panggilan itu sehingga 14 Januari, 2019. Nombor-nombor rakaman ulangan itu boleh didapati di pautan berikut. Kod laluan rakaman ulangan itu adalah juga 2797121.

Guggenheim Securities dan BofA Merrill Lynch bertindak sebagai penasihat kewangan dan Latham & Watkins LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi DXC, dengan Harney Westwood & Riegel LP bertindak sebagai penasihat British Virgin Islands bagi DXC. Credit Suisse bertindak sebagai penasihat kewangan dan White & Case LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang bagi Luxoft, dengan Conyers Dill & Pearman bertindak sebagai peguam British Virgin Islands bagi Luxoft.

Maklumat mengenai Luxoft

Luxoft (NYSE: LXFT) adalah sebuah perkhidmatan teknologi global dan rakan perunding yang menyediakan penyelesaian teknologi yang ditempah untuk pelanggan di 22 buah negara merentasi lima benua. Diasaskan pada tahun 2000, Luxoft menggabungkan kecemerlangan kejuruteraan dengan kepakaran mendalam dalam industri untuk menyampai dan melaksanakan penyelesaian teknologi yang memacukan perubahan perniagaan. Melalui gabungan strategi, perundingan dan perkhidmatan kejuruteraan, pasukan global Luxoft menggunakan teknologi untuk membolehkan transformasi perniagaan, meningkatkan pengalaman pelanggan dan meningkatkan kecekapan operasi. Dengan lebih 280 pelanggan aktif, Luxoft mengkhususkan diri dalam bidang automotif, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, sains hayat, telekomunikasi dan industri lain. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.luxoft.com dan ikuti kami di Twitter dan LinkedIn.

Maklumat mengenai DXC Technology

Sebagai syarikat perkhidmatan IT akhir-ke-akhir, bebas yang terkemuka di dunia, DXC Technology (NYSE: DXC) memimpin transformasi digital bagi pelanggan dengan memoden dan mengintegrasikan IT arus perdana mereka, dan dengan menggunakan penyelesaian digital pada skala untuk menghasilkan keputusan perniagaan yang lebih baik. Kebebasan teknologi, bakat global, dan rangkaian rakan syarikat itu yang meluas membolehkan 6,000 pelanggan persendirian dan sektor awam di 70 buah negara untuk berkembang dengan perubahan. DXC adalah sebuah pemimpin yang diiktiraf dalam tanggungjawab korporat. Untuk maklumat lanjut, sila layari dxc.technology  dan terokai THRIVE, destinasi digital DXC bagi pembuat perubahan dan inovator.

Nota Amaran Berhubung Kenyataan yang Berpandangan Ke Hadapan

Semua kenyataan di dalam siaran akhbar ini yang tidak secara langsung dan secara eksklusif berkaitan dengan fakta-fakta sejarah adalah merupakan "kenyataan yang berpandangan ke hadapan." Kenyataan-kenyataan ini mewakili hasrat, perancangan, harapan dan keyakinan DXC dan/atau Luxoft, dan adalah tertakluk kepada risiko, ketidakpastian dan faktor lain, kebanyakannya berada di luar kawalan DXC dan/atau Luxoft, dan tiada jaminan dapat diberikan bahawa hasil yang digambarkan di dalam kenyataan tersebut akan dapat dicapai. Banyak faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada kenyataan yang berpandangan ke hadapan berhubung dengan urus niaga yang diumumkan di atas termasuk risiko yang berkaitan dengan penyiapan urus niaga pada masa yang dijangkakan, termasuk mendapatkan kelulusan pengawalseliaan, rawatan cukai yang dijangkakan, liabiliti yang tidak dijangka, perbelanjaan modal masa hadapan, ketidakupayaan untuk mencapai sinergi yang dijangka, kehilangan pendapatan, kelewatan atau gangguan perniagaan yang disebabkan oleh kesukaran dalam mengintegrasikan perniagaan DXC dan Luxoft. Untuk satu penerangan bertulis tentang faktor risiko yang boleh menyebabkan keputusan sebenar dalam perniagaan DXC dan/atau Luxoft untuk berbeza secara material daripada kenyataan yang berpandangan ke hadapan berhubung perkara tersebut, sila lihat bahagian yang berjudul "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan DXC yang terkini pada Borang 10-K, Laporan Suku Tahunan DXC pada Borang 10-Q untuk tempoh suku tahun yang berakhir pada 30 Jun, 2018 dan 30 September, 2018, Laporan Tahunan terbaru Luxoft pada Borang 20-F dan sebarang maklumat kemas kini dalam pemfailan SEC yang berikutnya, serta Penyata Maklumat yang akan disediakan oleh Luxoft pada Borang 6-K, apabila ia siap nanti. DXC dan Luxoft menafikan sebarang hasrat atau kewajipan untuk mengemas kini kenyataan-kenyataan yang berpandangan ke hadapan itu sama ada akibat peristiwa berikutnya atau sebaliknya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

Maklumat Tambahan

Komunikasi ini dibuat berkenaan cadangan pengambilalihan Luxoft oleh DXC. Oleh kerana urus niaga yang dicadangkan itu telah diluluskan oleh sebahagian besar pemegang saham Luxoft yang diperlukan, Luxoft tidak akan meminta proksi atau mengadakan pertemuan dengan pemegang saham berhubung dengan urus niaga yang dicadangkan itu. Luxoft akan menyediakan satu Penyata Maklumat bagi pemegang saham biasa mereka yang menerangkan urus niaga yang dicadangkan itu. Apabila selesai, Penyata Maklumat itu akan diposkan kepada pemegang saham biasa Luxoft dan diberikan kepada SEC oleh Luxoft pada Borang 6-K. PEMEGANG SAHAM BIASA LUXOFT DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA PENYATA MAKLUMAT ITU DAN MANA-MANA DOKUMEN LAIN YANG RELEVEN SECARA KESELURUHANNYA APABILA IA DIPEROLEHI, KERANA IA MUNGKIN MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING MENGENAI CADANGAN URUS NIAGA ITU DAN HAK-HAK BAGI PEMEGANG SAHAM. Pemegang saham biasa Luxoft boleh mendapatkan salinan Penyata Maklumat itu secara percuma yang akan diberikan kepada SEC oleh Luxoft dan dokumen lain yang difail atau disediakan kepada SEC oleh Luxoft di laman web SEC di http://www.sec.gov. Salinan percuma Laporan Tahunan Luxoft yang paling terbaharu pada Borang 20-F, Penyata Maklumat pada Borang 6-K, apabila ia sudah disediakan, dan dokumen lain dalam fail Luxoft dengan atau diberikan kepada SEC juga boleh diperolehi dari laman web  Perhubungan Pelabur Luxoft.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190107005557/en/

Hubungi

DXC Technology:
Rich Adamonis
Perhubungan Media Korporat
+1 862.228.3481
radamonis@dxc.com

Jonathan Ford
Perhubungan Pelabur
+1 703.245.9700
jonathan.ford@dxc.com

Luxoft:
Patrick Corcoran
Pemasaran & Komunikasi
+1 631.478.2325
pcorcoran@luxoft.com

Tracy Krumme
Perhubungan Pelabur
+1 212.964.9900, x2460
tkrumme@luxoft.com

Robert Maccabe
Perhubungan Awam
(telefon) +44 (0)20 3828 2346 (telefon bimbit) +44 7950 517 83
rmmaccabe@luxoft.com

Sumber : DXC Technology dan Luxoft

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment