Tuesday, January 8, 2019

FUSIONEX MENDAPAT PENGHORMATAN UNTUK MENGANJURKAN KELAB USAHAWAN CHINA YANG DIPENGERUSIKAN OLEH JACK MA

PETALING JAYA, Malaysia, 8 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex International telah mendapat penghormatan bagi menjadi syarikat teknologi tunggal di Malaysia untuk menganjurkan Kelab Usahawan China (CEC) di pejabat mereka. Delegasi China itu, yang diketuai oleh presidennya dan bekas Presiden China Merchants Bank Ma Weihua, telah melawat Fusionex dengan harapan dapat memupuk hubungan yang lebih kuat dan meninjau peluang-peluang kerjasama di antara kedua-dua buah negara.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190106005015/en/

Di China, CEC adalah platform utama bagi pemimpin-pemimpin perniagaan dan di mana pengerusinya adalah Jack Ma, Pengerusi Eksekutif bagi Kumpulan Alibaba. Ditubuhkan oleh 31 orang usahawan berpengaruh, pakar ekonomi, dan diplomat China yang paling menonjol, CEC itu juga adalah merupakan sebuah hab bagi pertukaran keusahawanan, kerjasama, dan kolaborasi antarabangsa China.

Pada majlis itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex, Dato' Seri Ivan Teh menyampaikan ucapan pembukaan manakala Ma Weihua membentangkan ucaptama yang diikuti dengan satu perbincangan di antara pasukan Fusionex dan delegasi CEC. Di antara topik yang dibincangkan adalah bagaimana syarikat-syarikat Malaysia dan China boleh bekerjasama untuk memperbaiki dan meningkatkan pelaburan dua hala.

Di samping itu, pelbagai sektor telah dikenal pasti di mana hubungan rapat dapat dibentuk seperti pertukaran kebudayaan, perdagangan dua hala, perjalanan dan pelancongan, teknologi, dan program-program pertukaran. Program-program seperti itu akan memperkayakan kedua-dua buah negara dan menyediakan satu keadaan sama menang bagi Malaysia dan juga China. Sepanjang lawatan tersebut, delegasi CEC itu telah dibentangkan dengan satu gambaran keseluruhan mengenai Fusionex dan Malaysia, dengan menonjolkan bagaimana Fusionex dapat membantu memberikan penawaran dan teknologi mereka untuk membantu perniagaan China.

Dalam ucapannya, Ma Weihua memuji Fusionex kerana peranan teladan mereka di dalam memacukan ekonomi digital, dengan menyatakan bahawa syarikat-syarikat di seluruh dunia harus berusaha untuk mencontohi Fusionex dan penguasaannya di dalam data dan teknologi. Beliau menambah bahawa syarikat-syarikat harus mula menggunakan Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin, dan Analisis Data Besar untuk mewujudkan ekosistem yang lebih pintar untuk tidak hanya kekal kompetitif tetapi berkembang maju pada masa akan datang.

Setiausaha Agung CEC Maggie Cheng berkata, "Saya amat berterima kasih di atas sokongan padu Fusionex bagi Lawatan Perniagaan CEC itu. Delegasi kami mendapati bahawa interaksi dengan Fusionex merupakan satu daripada lawatan syarikat yang paling merangsangkan dan bermanfaat. Delegasi itu benar-benar menikmati lawatan ke pejabat kerana dapat merasai nadi bagi syarikat IT Malaysia yang paling berjaya itu. Delegasi itu sangat kagum dengan perkongsian mengenai berjuta-juta cara untuk menggabungkan Data Besar ke dalam industri-industri yang berbeza. CEC tidak sabar-sabar untuk meningkatkan persahabatan dan kerjasama kami dalam Tahun Baru yang akan datang."

Satu demonstrasi produk, lawatan ke pejabat, dan pertukaran cenderahati dua hala melengkapkan acara itu. Dato' Seri Ivan Teh berkata: "Kami memuji CEC kerana membawa bersama ramai pemain industri utama yang membentuk tulang belakang bagi semangat keusahawanan China. Sebagai sebuah syarikat digital, teknologi, dan inovatif, Fusionex sentiasa bersikap terbuka kepada perkongsian di mana kedua-dua pihak dapat mencapai perkara yang hebat bersama-sama. Kami juga mengalu-alukan peluang kerjasama pada masa hadapan dengan CEC dan percaya bahawa China dan Malaysia boleh mendapat manfaat yang mantap daripada penerapan teknologi yang strategik."

Maklumat mengenai Fusionex

Fusionex adalah sebuah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, Internet Benda, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka tertumpu kepada membantu pelanggan memperolehi, menyimpan, memproses, menganalisis dan memahami sejumlah besar data yang berstruktur dan tidak berstruktur. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com
 
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20190106005015/en/

Hubungi

Media:
Edelman
Fariz Mustafa
Fariz.Mustafa@edelman.com

Sumber : Fusionex

No comments:

Post a Comment