Wednesday, February 7, 2018

WAYPOINT LEASING MEMBUKA PEJABAT HONG KONG UNTUK MENYOKONG PERTUMBUHAN DI ASIA

HONG KONG, 6 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Waypoint Leasing ("Waypoint"), syarikat pemajakan helikopter global persendirian yang terbesar, hari ini mengumumkan bahawa ia telah membuka sebuah pejabat di Hong Kong untuk menyokong operasinya dan pangkalan pelanggan di China dan Rantau Asia Pasifik. Philip Stransky, Naib Presiden bagi Jualan & Pengurusan Perhubungan di Waypoint, Asia Pasifik, akan mengetuai penempatan semula Pejabat Waypoint di Singapura ke Hong Kong yang akan dikendalikan oleh kakitangan tambahan komersial, teknikal dan perundangan untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan operasi sokongan di rantau itu.

Alan Jenkins, Presiden, Ketua Pegawai Operasi & Ketua Pegawai Kewangan di Waypoint berkata, "Jumlah helikopter awam yang beroperasi di China telah berkembang secara purata sebanyak lima belas peratus setahun sejak tahun 2013, satu kadar yang menakjubkan terutama ketika menghadapi kemerosotan pasaran global dalam tempoh itu. Kami menjangkakan Asia akan menjadi enjin yang paling penting dalam pertumbuhan global di dalam pasaran helikopter dalam tempoh lima tahun akan datang. Waypoint dikhususkan untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran berbilang misi yang penting ini ketika ia tumbuh dan berkembang, dan kami akan berada dalam kedudukan yang baik untuk berbuat demikian dengan pelaburan kami di dalam sumber di rantau itu."

Philip Stransky menambah, "Dengan urus janji kami yang pertama sudah termeterai di China, penciptaan platform pajakan kami di Tianjin, dan satu saluran peluang-peluang menarik yang mantap merentasi Asia, pejabat baharu kami di Hong Kong sangat penting dari segi strategik bagi Waypoint dan melambangkan tahap komitmen kami di dalam menyokong pelanggan kami. Waypoint akan mempunyai pelbagai sumber rentas fungsi yang berpengalaman di dalam industri yang tertanam di rantau itu, yang seterusnya membolehkan Waypoint untuk menyediakan penyelesaian dan pelaksanaan urus janji yang lebih pantas bagi pangkalan pelanggan kami yang semakin meningkat."

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=10833

No comments:

Post a Comment