Tuesday, February 27, 2018

DIVERSIFIED GATEWAY BERHAD MENJADI RAKAN NTT COMMUNICATIONS YANG PERTAMA DI MALAYSIA UNTUK PERKHIDMATAN TERURUS

TOKYO & KUALA LUMPUR, Malaysia, 26 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications (NTT Com), penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa Diversified Gateway Berhad (DGB) telah menjadi rakan pertama di Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan terurus Global Management One (GMOne) NTT Com. Perkongsian ini merupakan sebahagian daripada strategi pengembangan NTT Com untuk perkhidmatan terurus mereka di rantau itu, selepas Singapura dan Hong Kong. Kedua-dua buah syarikat itu akan memanfaatkan kekuatan yang saling melengkapi untuk menyediakan perkhidmatan terurus yang berasaskan kepada automasi kepada pelanggan perusahaan bersaiz sederhana dan besar di Malaysia.

Perkhidmatan GMOne direka untuk memenuhi keperluan bagi pelanggan perusahaan yang perlu menguruskan sebuah persekitaran ICT yang semakin kompleks dan hibrid. Memanfaatkan sumber global NTT Com, GMOne adalah sebuah penyelesaian global sehenti yang membantu syarikat-syarikat untuk menguruskan ekosistem ICT hibrid mereka, daripada infrastruktur sehingga kepada aplikasi perniagaan dan perkhidmatan perniagaan. Berikutan pemantauan dan pengurusan jarak jauh (RMM) 24x7x365 yang proaktif bagi keseluruhan infrastruktur, GMOne membantu pelanggan memaksimumkan manfaat daripada ICT Hibrid mereka tanpa menjejaskan keselamatan dan kebolehpercayaan.

NTT Com, bersama-sama dengan DGB, memahami keperluan khusus bagi pelanggan domestik serta mereka yang mempunyai kehadiran antarabangsa, dan menyediakan perkhidmatan terurus gred perusahaan yang berpangkalan di Malaysia kepada pasaran Malaysia.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10884

No comments:

Post a Comment