Sunday, February 4, 2018

CRM, FIRST AFFILIATED HOSPITAL UNIVERSITI ZHEJIANG METERAI MOU



KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) –  Clinical Research Malaysia (CRM) dan First Affiliated Hospital Universiti Zhejiang menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam ujian klinikal di Malaysia dan China.
Dalam satu kenyataan hari ini, CRM berkata melalui kerjasama tersebut, kedua-dua pihak akan memberikan sokongan dan sumber untuk menggalakkan kerjasama penyelidikan klinikal baru, selain membuka peluang pengajaran dan latihan.
"Malaysia mendapat manfaat melalui peluang rangkaian perniagaan dari syarikat-syarikat farmaseutikal dan bioteknologi China yang mungkin menyaksikan lebih banyak ujian datang ke negara ini," katanya.
MoU itu ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif CRM, Dr Akhmal Yusof dan Presiden First Affiliated Hospital Universiti Zhejiang Prof Wang Weilin.
Universiti Zhejiang adalah antara universiti tertua di China dengan sejarah yang terkenal dalam penyelidikan dan pembangunan perubatan.
Ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan pada 2012, peranan CRM ialah  untuk memajukan penyelesaian kesihatan global untuk masa depan yang lebih cerah untuk rakyat dengan menyediakan sokongan penyelidikan klinikal yang cepat dan boleh dipercayai untuk kajian kualiti.

--BERNAMA



No comments:

Post a Comment