Saturday, February 3, 2018

PLATFORM CRYPTO ZLOADR LANCAR KALKULATOR MATA WANG BAHARU

LONDON, 2 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu daripada platform penerbitan kripto yang terkemuka di dunia, Zloadr, telah mengumumkan bahawa ia akan melancarkan sebuah kalkulator penukar mata wang kripto dalam talian yang baharu, yang menambahkan kepada rangkaian peranti digital yang sedia ada. Kalkulator itu bertindak sebagai sebuah mata wang dunia automatik dan penukar mata wang kripto, yang membolehkan pengguna platform itu untuk menukar pelbagai mata wang fiat dunia yang dikeluarkan oleh Kerajaan kepada nilai mata wang kripto yang berbeza, dan sebaliknya – dengan cepat dan mudah. Kalkulator itu dijangka menyaingi peranti penukaran dalam talian yang sedia ada.

Statistik awal menunjukkan bahawa bitcoin (BTC) adalah di antara mata wang kripto yang paling sering ditukar sekarang, selaras dengan kedudukan duit syiling itu yang berada di bahagian atas papan pendahulu permodalan pasaran. Bitcoin dilihat paling kerap dipertimbangkan bersama-sama dengan Dolar Amerika Syarikat (USD) dan Pound British (GBP). Ethereum (ETH), di tempat kedua dari segi cap pasaran, juga dipaparkan sebagai amat popular dengan pengguna.

Kalkulator mata wang baharu Zloadr difahami sebagai satu daripada penukar dalam talian yang paling komprehensif yang terdapat kepada pengguna web pada hari ini, bukan sahaja yang meliputi mata wang fiat dari Afghani Afghanistan (AFN) kepada Dolar Zimbabwe (ZWL), tetapi juga termasuk mata wang kripto seperti bitcoin, litecoin (LTC), ethereum, ethereum klasik (ETC), ripple (XRP), dan dash (DASH). Zloadr, yang diasaskan pada tahun 2015, telah menjalankan satu penawaran duit syiling permulaan (ICO) bagi token mereka sendiri pada tahun lepas, sebelum pelancaran penuh bagi platform penerbitan itu.

http://mrembm.bernama.com/viewsm.php?idm=10824

No comments:

Post a Comment