KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Platform membeli-belah dalam talian
rentas sempadan, 28Mall.com, menawarkan lebih RM100,000 e-Angpow atau HongBao$
(HB$) sempena Tahun Baru Cina, tahun ini.
28Mall.com dalam satu kenyataan di sini pada 21 Februari 2018, berkata
setiap anggotanya boleh menebus HB$ pada setiap hari untuk berkongsi dengan
rakan-rakan mereka di media sosial.
"Anggota yang mengirim kepada rakan akan menerima lebih banyak HB$ secara
automatik apabila rakan mereka menerima HB$ mereka, semakin banyak mereka
berkongsi, semakin banyak HB$ mereka," katanya.
Bagi kaum Cina, Angpow merujuk kepada wang hadiah tradisional yang sering
diberikan semasa majlis atau sambutan istimewa seperti Tahun Baru Cina.
Syarikat itu berkata HB$ hanya boleh digunakan untuk pembayaran dalam
talian atau menebus barangan promosi HB$ di 28Mall.com dan tidak boleh dipindah
milik.
Bagi menggalakkan penggunaan e-Angpow itu, syarikat tersebut telah
melancarkan dua tawaran sempena Tahun Baru Cina yang sah sehingga 28 Feb
ini.
Di bawah tawaran "berkongsi e-Angpow, menang wang tunai" ini, anggota yang
berkongsi e-Angpow dengan merujuk kepada jumlah anggota baharu tertinggi akan
mendapat wang tunai AS$2 dan HB$ 2.80 bagi setiap anggota.
Sementara itu, tiga pembeli dengan perbelajaan tertinggi (berdasarkan
jumlah yang dibayar, tidak termasuk baucar) akan menerima kredit ke dompet tunai
28Mall.com mereka.
Pengasas bersama 28Mall.com, Fione Tan berkata sebagai portal beli-belah
dalam talian dan dagangan bukan talian rentas sempadan, 28Mall.com dapat
membantu jenama Malaysia dieksport ke China dan negara lain.
"Tidak seperti pasaran lain, 28Mall.com hanya menerima jenama atau pengedar
yang sah sahaja untuk memastikan semua produk yang dijual adalah tulen. Supaya
pengguna dapat membeli dengan mudah," katanya.
Menurut syarikat itu, 28Mall.com telah menarik lebih 300 jenama
antarabangsa dan tempatan. Ia juga menawarkan perkhidmatan penghantaran logistik
untuk penjual di serata dunia antaranya ke negara-negara Asean, Hong Kong,
China, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Poland.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment