Friday, January 20, 2023

​INTER MILAN DINOBATKAN DENGAN PIALA SUPER ITALI SELEPAS KEMENANGAN 3-0 KE ATAS SAINGAN UTAMA AC MILAN




Dalam acara sukan antarabangsa yang lain di Arab Saudi


RIYADH, Arab Saudi, 20 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Bermain di hadapan lebih 50,000 penonton di Stadium Antarabangsa Raja Fahd, penyandang piala Itali “Inter Milan” berjaya menewaskan juara bertahan Serie A, AC Milan 3-0 bagi menjulang piala perlawanan akhir ketiga yang berlangsung di Arab Saudi.

Tuan Yang Terutama, Timbalan Menteri Sukan, Badr bin Abdulrahman Al-Qadi dan Presiden Liga Bola Sepak Itali, Lorenzo Cassini, menobatkan Inter Milan dengan gelaran Piala Super Itali semalam. Acara yang dibawakan oleh Kementerian Sukan sebagai sebahagian daripada acara sukan dalam Musim Diriyah ke-2.

Di tengah-tengah penonton yang ramai dan kehadiran media dari pelbagai media antarabangsa dan tempatan, “Dimarco” menjaringkan gol pertama pada awal separuh masa pertama, sebelum “Džeko” mengukuhkan penguasaan Inter dengan gol kedua. Semasa separuh masa kedua, “Martínez” berjaya menjaringkan gol ketiga Inter, mengesahkan kemenangan pasukannya dan merangkul gelaran Piala Super buat kali kedua berturut-turut, serta yang ketujuh dalam sejarah Inter Milan.

Inter Milan ialah pasukan ketiga dinobatkan dengan Piala Super Itali di Arab Saudi, selepas Juventus dan Lazio telah memenangi piala tersebut dalam dua versi yang diadakan di Jeddah dan Riyadh.

Penganjuran acara utama Kerajaan ini merupakan sebahagian daripada kejohanan dan acara sukan antarabangsa diadakan pada Musim Diriyah 2022 yang dibawakan oleh Kementerian Sukan, bertujuan mencapai matlamat Wawasan 2030 Kerajaan dan sebagai satu daripada inisiatif Program “Kualiti Kehidupan”, dengan menganjurkan acara sukan antarabangsa yang paling luar biasa dan terbesar, bagi memastikan pengalaman hebat untuk pengunjung Musim Diriyah melalui aktiviti yang mengagumkan.

*Sumber: AETOSWire

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16735

No comments:

Post a Comment