Tuesday, January 10, 2023

CTBC HOLDING MERAIKAN PRESTASI PECAH REKOD PADA TAHUN 2022




TAIPEI, Taiwan, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 CTBC Holding telah mengatasi prestasi mereka sendiri, mencipta rekod dengan memenangi 290 anugerah utama pada tahun 2022. Pencapaian itu termasuk memenangi tujuh Anugerah Amalan Terbaik Perbankan dan Kewangan Taiwan, dan Presiden CTBC Holding, James Chen juga merupakan ketua perniagaan Taiwan pertama yang telah dinobatkan sebagai CEO Terbaik Asia Pasifik oleh International Data Corp (IDC), sebuah syarikat analisis global yang terkemuka dengan pengkhususan dalam penyelidikan pasaran teknologi maklumat. Dari segi penarafan kredit, Moody's Investors Service telah mengesahkan penarafan Kewangan CTBC dan Bank CTBC masing-masing pada A3 dan A1, mengekalkan kedudukan CTBC Holding sebagai jenama teratas dari segi kualiti perniagaan dan kecekapan profesional.

Presiden CTBC Holding, James Chen berkata bahawa CTBC telah mendahului dalam menerima pakai inisiatif baharu dan menawarkan rangkaian perkhidmatan kewangan yang komprehensif melalui penyepaduan sumber daripada anak syarikat untuk memenuhi keperluan pelanggan. Penting untuk dinyatakan juga bahawa prestasi operasi Bank CTBC kekal stabil sepanjang tahun 2022, dan Bank CTBC merupakan satu-satunya bank yang memenuhi syarat bayaran tambahan modal untuk bank domestik yang penting dari segi sistemik (D-SIB) Taiwan sebelum tahun 2025, menduduki kedudukan teratas dalam industri perbankan Taiwan.

Daripada 290 anugerah yang dimenangi oleh CTBC Holding, ini termasuk 41 anugerah antarabangsa dan serantau yang berprestij; manakala bank CTBC menunjukkan prestasi cemerlang dengan membawa pulang lebih 180 anugerah. Bank itu juga memenangi anugerah bagi Perjanjian M&A Tenaga Boleh Diperbaharui Terbaik Global serta Anugerah Kewangan Mampan Global Finance. Selain itu, CTBC telah lama komited terhadap inovasi dalam kewangan digital, sekali gus melaksanakan konsep "Perbankan Figital" di 152 buah cawangan di seluruh Taiwan sebagai tindak balas kepada permintaan perkhidmatan kewangan digital dalam era pasca pandemik.

Sebagai ahli Perikatan Perintis Kewangan Mampan, CTBC Holding komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan mempromosikan pembangunan mampan di Taiwan. Tambahan pula, pada tahun 2022, Indeks Kemampanan Dow Jones (DJSI) sekali lagi telah memilih CTBC Holding sebagai komponen Indeks Dunia DJSI dan menyenaraikan CTBC Holding dalam Indeks Pasaran Baru Muncul DJSI untuk tahun ketujuh berturut-turut. Pada masa hadapan, CTBC Holding akan terus mendukung semangat jenama "Kami adalah keluarga" dan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kewangan yang terbaik kepada pelanggan.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53155903/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=16698

No comments:

Post a Comment