Wednesday, April 27, 2022

TOSHIBA MELANCARKAN KUMPULAN M3H BAHARU BAGI MIKROPENGAWAL ARM® CORTEX®-M3 DALAM KELAS LANJUTAN KELUARGA TXZ+TM




Dioptimumkan untuk kawalan utama bagi peralatan pengguna dan industri, dan kawalan motor

KAWASAKI, Jepun, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  (“Toshiba”) telah memulakan pengeluaran besar-besaran bagi 21 mikropengawal baharu di dalam kumpulan M3H sebagai produk baharu di dalam Kelas Lanjutan Keluarga TXZ+™, yang dihasilkan dalam proses 40nm. Kumpulan M3H itu termasuk sebuah teras ARM® Cortex®-M3 yang berfungsi sehingga 120MHz, kod kilat maksimum 512KB bersepadu dan ingatan kilat data 32KB dengan ketahanan kitar tulis 100k. Mikropengawal ini juga menawarkan pelbagai antara muka dan pilihan kawalan motor, seperti UART, I2C, Pengekod dan Kawalan Motor Boleh Atur Cara. Peranti kumpulan M3H sesuai untuk pelbagai aplikasi termasuk motor, perkakas rumah dan peralatan perindustrian.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
ttps://www.businesswire.com/news/home/20220425005036/en/

Sebagai tindak balas kepada kepelbagaian bagi peralatan pengguna, produk kumpulan M3H  baharu itu telah meningkatkan fungsi komunikasi yang disepadukan sebagai UART, TSPI, I2C, dan 2 unit DMAC. Tambahan pula, sebuah pemacu LCD digital disepadukan untuk mengurangkan bilangan komponen bagi fungsi paparan, sekali gus memudahkan pelarasan kontras dan memastikan susun atur papan yang fleksibel.

Peranti ini menyokong pelbagai aplikasi penderiaan dengan penukar analog/digital (ADC) 12-bit berketepatan tinggi, berkelajuan tinggi yang membolehkan sampel individu dan masa pegang ditetapkan bagi setiap satu daripada 21 saluran input ADC. Selain itu, ia menyediakan satu penyelesaian yang sesuai untuk mengawal motor AC dan motor DC tanpa berus dengan gabungan bersama sebuah litar kawalan motor boleh atur cara lanjutan yang boleh beroperasi secara serentak dengan penukar analog/digital 12-bit berkelajuan tinggi, berketepatan tinggi.

Fungsi diagnosis diri yang digabungkan di dalam peranti itu untuk ROM, RAM, ADC dan Jam membantu pelanggan untuk mencapai pensijilan keselamatan fungsian Kelas B IEC60730.

Dokumentasi, perisian sampel dengan contoh penggunaan sebenar dan perisian pemacu yang mengawal antara muka bagi setiap periferal boleh dimuat turun daripada laman web Toshiba. Papan penilaian dan persekitaran pembangunan disediakan dengan kerjasama rakan ekosistem global ARM.

Ciri-ciri utama bagi produk baharu
  • Teras ARM Cortex-M3 berprestasi tinggi, maksimum 120MHz
  • Dioptimumkan untuk peralatan pengguna dengan rangkaian ingatan dan barisan pakej yang luas
  • Fungsi diagnosis diri untuk keselamatan fungsian kelas B IEC60730
Penggunaan
  • Untuk kawalan utama bagi peralatan pengguna, peralatan rumah, alat mainan, bekalan pejabat, peralatan penjagaan kesihatan dll.,
  • Untuk kawalan motor bagi peralatan perindustrian 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15824

No comments:

Post a Comment