Monday, April 4, 2022

ACARA PEMECUT KEUSAHAWANAN WANITA PADA SESI KE-66 BAGI SURUHANJAYA MENGENAI STATUS WANITA MENGGESA AGAR MELABUR DI DALAM USAHAWAN WANITA UNTUK MENANGANI PERUBAHAN IKLIM





Usahawan wanita adalah pengganda penyelesaian di dalam membina sebuah masa depan yang inklusif dan mapan


NEW YORK & GENEVA, 1 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Menyedari perhubungan yang bersilang di antara perubahan iklim dan ketidaksamaan jantina, pada 18 Mac, Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) telah menghimpunkan wakil-wakil kanan bagi rakan pengasas mereka untuk membincangkan peranan utama keusahawanan wanita dalam menerajui cara penyesuaian, mitigasi dan tindak balas bagi perubahan iklim, dan bagaimana usahawan wanita menyumbang sebagai pembuat perubahan dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih mapan dan inklusif untuk semua.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220331005276/en/
 
Acara CSW itu menekankan kepentingan kritikal bagi keusahawanan wanita sebagai sebuah pemacu utama di dalam menangani perubahan iklim, keperluan untuk menangani halangan struktur dan budaya terhadap peluang-peluang ekonomi wanita, dan cara untuk menyokong usahawan wanita sebagai penyelesaian bagi meningkatkan dan melabur di dalam idea-idea yang berinovatif. Ia juga memaparkan cara untuk mempercepatkan peluang-peluang ekonomi wanita melalui pemerolehan responsif jantina dan menggesa agar lebih ramai pembuat komitmen memulakan perubahan bagi wanita di seluruh dunia dengan menyertai Pemecut itu.

Usahawan wanita dari segi sejarah telah menghadapi banyak halangan termasuk kurangnya akses kepada modal, kurangnya rangkaian keusahawanan berbanding lelaki, dan dasar-dasar yang tidak menggalakkan penyertaan pasaran buruh wanita1. Halangan ini ditambah lagi dengan undang-undang yang tidak sama rata. Satu kajian Bank Dunia 2022 mendapati bahawa hampir 2.4 bilion wanita yang telah mencapai umur bekerja masih tidak menikmati hak ekonomi yang sama seperti lelaki. Daripada 190 ekonomi yang diselidiki di dalam kajian itu, 178 mengekalkan halangan undang-undang yang menghalang penyertaan ekonomi yang sepenuhnya oleh wanita, manakala wanita terus menghadapi beberapa bentuk sekatan pekerjaan di 86 buah negara. Di 95 buah negara, wanita tidak dijamin gaji yang sama untuk kerja yang sama dan 76 buah negara mempunyai undang-undang yang mengehadkan hak wanita kepada pemilikan tanah, satu sumber yang penting untuk mengurangkan kemiskinan.2

Untuk menangani halangan struktur dan budaya yang dihadapi oleh usahawan wanita ini, Pemecut Keusahawanan Wanita telah dilancarkan semasa Perhimpunan Agung PBB pada 2019 dengan kerjasama 6 agensi PBB dengan matlamat untuk mewujudkan sebuah ekosistem yang membolehkan bagi usahawan wanita dan pada masa yang sama memaksimumkan impak pembangunan mapan mereka.

Khusus kepada topik bagi acara itu, data mendedahkan bahawa usahawan wanita dapat melihat pelaburan perniagaan melebihi bukan sekadar pulangan kewangan dan menyedari bahawa mencapai pulangan kewangan dan pulangan sosial tidak saling eksklusif. Sebagai contoh, menurut Laporan Usahawan Global 2020 oleh BNP Paribas, 54 peratus usahawan wanita mengatakan bahawa menjangkau pendapatan itu, mengurangkan jejak karbon mereka adalah ukuran utama bagi kejayaan mereka dalam melabur, berbanding dengan hanya 41 peratus oleh lelaki. 3

Merasmikan acara itu, Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi Mary Kay Inc., menyeru agar halangan yang dihadapi wanita dirungkai dan menggambarkan bagaimana “perubahan iklim bukanlah neutral jantina. Wanita dan gadis membayar harga yang paling berat. Kerentanan mereka yang semakin meningkat adalah akibat langsung daripada ketidaksamaan jantina dalam fabrik politik, sosial, budaya dan ekonomi masyarakat di mana mereka tinggal.” Cik Gibbins menambah bahawa wanita berada di barisan hadapan dalam tindak balas iklim dan sejak beberapa generasi “telah menggunakan taktik yang berinovatif dalam mengurangkan kesan bagi perubahan iklim. Ini bukan perkara baharu. Apa yang mereka perlukan sekarang ialah pengiktirafan bagi kepimpinan mereka dan sebuah ekosistem yang berfungsi untuk mereka.”

Menyedari bagaimana pandemik Covid-19 itu telah mengundurkan kemajuan di dalam kesaksamaan jantina, Vic Van Vuuren, Pengarah Pengurusan Perusahaan, Pertubuhan Buruh Antarabangsa, menggariskan cara bagaimana “wanita sudah pun menjadi pelakon di dalam ekonomi hijau sebagai usahawan, pengurus, petani, pekerja di dalam eko-pelancongan, pengurusan sisa, dan tenaga boleh diperbaharui. Walau bagaimanapun, kita perlu mengakui bahawa penembusan yang kita lakukan tidak mencukupi. Kita perlu mengarusperdanakan jantina dan kesaksamaan jantina dalam semua dasar global, dasar perniagaan dan dasar negara.”

Pamela Coke-Hamilton, Pengarah Eksekutif bagi Pusat Perdagangan Antarabangsa, menyatakan bagaimana “perusahaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana, terutamanya yang dimiliki oleh wanita, menghadapi halangan ketika menjadikan amalan perniagaan mereka lebih mapan. Kami, di Pusat Perdagangan Antarabangsa mengambil satu pendekatan holistik untuk menyokong keusahawanan wanita bagi memastikan mereka menyumbang kepada sebuah ekonomi yang mapan dan hijau. Menyokong perniagaan milik wanita bukan sahaja baik untuk ekonomi, ia juga mempercepatkan peralihan kami ke arah kemapanan.”

Menggesa agar diberikan peluang yang sama rata dalam ekonomi hijau untuk impak yang lebih besar, Stephen Bereaux, Timbalan kepada Pengarah bagi Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, menekankan neksus di antara keusahawanan wanita di dalam penciptaan penyelesaian yang berinovatif, adil dan inklusif kepada perubahan iklim dan kemapanan. “Jika wanita dapat mengambil bahagian, amalan mapan dan model perniagaan berskala lebih cepat,” jelas Encik Bereaux.

Menekankan pentingnya bagi satu pemulihan hijau yang inklusif, Haoliang Xu, Penolong Setiausaha Agung dan Pengarah bagi Biro untuk Dasar dan Sokongan Program di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, bercakap tentang bagaimana “UNDP yakin bahawa kita mungkin menghadapi cabaran terbesar bagi generasi kita, dan kita perlu membina semula dengan lebih baik. Kita perlu memperbetulkannya untuk generasi wanita yang akan datang.”

Sanda Ojiambo, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi PBB Global Compact, bercakap tentang kuasa sektor swasta dalam mencabar kefahaman ortodoks dan bahawa “untuk penyelesaian dan keadilan iklim yang berkekalan menjadi satu kenyataan, usahawan wanita mesti mendapat tempat di meja dan termasuk di dalam keseluruhan rantaian nilai.”

Dari segi penyelesaian yang memberi impak, Anita Bhatia, Penolong Setiausaha Agung dan Timbalan Pengarah Eksekutif bagi Wanita PBB, menggesa bagi pemerolehan yang lebih responsif kepada jantina yang “menetapkan satu standard yang tinggi bagi pemeroleh barangan dan perkhidmatan untuk mengatakan bahawa kami ingin membeli hanya atau kebanyakannya daripada perniagaan milik wanita. Ini bagus untuk wanita kerana ia memberi mereka peluang dan meningkatkan perniagaan mereka dalam rantaian bekalan.”

Menggariskan keperluan untuk lebih banyak tindakan dan lebih banyak perkongsian merentasi sektor, Aldijana Šišić, Ketua bagi Perkongsian dan Penglibatan Pelbagai Pihak Berkepentingan di Wanita PBB, bercakap mengenai tindakan yang saling berkaitan yang diperlukan untuk bertindak balas dan menangani risiko dan peluang yang ditimbulkan oleh perubahan iklim dan ketidaksamaan jantina. “Menangani perubahan iklim bukan sahaja tentang melindungi planet ini, ia juga mengenai cara merungkai halangan untuk terus maju. Perusahaan mikro, kecil dan sederhana yang dimiliki dan diterajui oleh wanita semakin diiktiraf sebagai kunci untuk menyediakan penyelesaian iklim. Kami perlu mempercepatkan proses itu dan kami perlu melabur lebih banyak lagi.”

Sebagai moderator bagi acara itu, Elizabeth Vazquez, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama WEConnect International, menyeru agar “wanita yang mewakili 51 peratus daripada populasi dunia, memiliki 33 peratus daripada semua perniagaan swasta, tetapi memperoleh hanya 1 peratus daripada perbelanjaan global untuk produk dan perkhidmatan oleh perbadanan besar.” Jika Matlamat Global ingin dicapai menjelang 2030, Cik Vazquez menggesa pihak berkepentingan “untuk bertindak dengan tujuan, dengan kadar segera, dan bekerjasama di antara satu sama lain dan menjadi lebih proaktif.”

Satu rakaman bagi acara itu boleh didapati di sini.


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15735

No comments:

Post a Comment