Friday, April 22, 2022

BANK MUAMALAT ANJUR PROGRAM REWANG RAMADAN

 16,000 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada petugas perubatan  



KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) --  Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) telah menganjurkan Program Rewang Ramadan di 13 buah negeri secara serentak, bagi mengeratkan silaturahim dengan masyarakat setempat dan menyemarakkan sambutan bulan Ramadan pada 21 April 2022.

Program Rewang Ramadan melibatkan aktiviti menyediakan bubur lambuk di masjid dan surau di 13 lokasi terpilih. Seramai 300 kakitangan Bank Muamalat daripada 67 cawangan terbabit dalam program ini.

Persiapan menyediakan bubur lambuk yang bermula seawal jam 10.00 pagi, turut disertai oleh wakil pihak masjid dan surau di lokasi terpilih. Sejumlah 16,000 bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada petugas perubatan yang bertugas di 132 buah hospital dan klinik.

Antara lain, bungkusan bubur lambuk dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu, Kelantan, Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah, Hospital KPJ Puteri Specialist, di Johor Bahru, Johor dan Hospital Queen Elizabeth, di Kota Kinabalu Sabah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, “Program agihan bubur lambuk secara rewang besar-besaran di seluruh negara untuk edaran kepada petugas perubatan adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus berusaha mengekang penularan wabak COVID-19. ”

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai produk and perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Muamalat, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 03-2600 5500. 

SUMBER : Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

No comments:

Post a Comment