Monday, January 11, 2021

VF CORPORATION MENGUMUMKAN PELAN TRANSFORMASI WILAYAH BAGI MEMBOLEHKAN PERTUMBUHAN JANGKA PANJANG DI ASIA

DENVER & SHANGHAI, 11 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- VF Corporation (NYSE: VFC), sebuah pemimpin dunia di dalam pakaian, kasut dan aksesori gaya hidup berjenama, hari ini mengumumkan satu pelan transformasi bagi operasi mereka di Asia Pasifik yang memberi tumpuan kepada pengembangan reka bentuk dan tapak kehadiran organisasi di rantau itu, dan membangunkan kemampuan baharu bagi mempercepatkan pertumbuhan untuk jenama mereka.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi mereka, VF akan memindahkan pusat bagi operasi jenama mereka dari Hong Kong ke Shanghai di mana syarikat itu pada masa ini menggajikan kira-kira 900 rakan pejabat dan runcit. Hab Pembekalan Produk Asia bagi VF, yang berfungsi sebagai pangkalan bagi operasi untuk rantaian bekalan global mereka di rantau itu, akan juga berpindah dari Hong Kong dan ditempatkan semula ke Singapura. Satu pusat perkhidmatan bersama tambahan bagi wilayah itu akan diwujudkan di Kuala Lumpur, Malaysia. VF akan mengaktifkan satu pelan peralihan berperingkat untuk membimbing penempatan semula ini sepanjang 12 hingga 18 bulan akan datang dengan pemindahan pertama dijangkakan pada April 2021.

“Pengumuman hari ini memperkukuhkan komitmen kami untuk melabur di dalam perniagaan kami merentasi rantau Asia Pasifik, dan pada masa yang sama menyokong pelan transformasi keseluruhan VF untuk menjadi sebuah perusahaan yang lebih berpusatkan pengguna, berpusatkan runcit dan hiper digital,” kata Steve Rendle, Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif VF. “Kami telah mewujudkan kehadiran kami di Asia 25 tahun yang lalu dan telah secara berterusan membentuk perniagaan kami di banyak peluang yang berkembang di rantau itu. Sekarang, kami terus mengubahkan seterusnya operasi kami di Asia sehingga kami dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pasaran yang bergerak pantas dan dipacukan oleh teknologi ini dengan peningkatan kelajuan dan kemampuan.”

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14169

No comments:

Post a Comment