Monday, January 4, 2021

GUANGXI MEMPERKUKUHKAN PEMBANGUNAN MANTAP BAGI EKONOMI DAN BUDAYA SUKAN MENERUSI PENGINTEGRASIAN YANG MENDALAM BAGI SUKAN DENGAN PELANCONGAN

 FANGCHENGGANG, China, 4 Jan., 2021 /Xinhua-AsiaNet/--


Perjalanan Seratus Syarikat Kesihatan dan Sukan 2020 ke Guangxi dan Karnival Pelancongan Sukan China-ASEAN, yang dihoskan bersama oleh Biro Sukan Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang dan Kerajaan Perbandaran Fangchenggang, telah dilancarkan di Fangchenggang dari 19 hingga 21 Disember. Acara itu telah menyaksikan satu siri projek dan pelan baharu yang telah memanfaatkan potensi bagi industri sukan Guangxi.
 
Pada majlis perasmian itu, penganjur telah memperkenalkan satu kumpulan laluan butik pelancongan sukan, kompleks sukan, pangkalan demonstrasi pelancongan sukan, kem sukan gunung, pangkalan sukan penerbangan dan projek demonstrasi industri sukan di rantau itu. Plak kehormat telah diberikan kepada lima buah bandar raya iaitu Nanning, Guilin, Liuzhou, Beihai dan Fangchenggang, yang dipilih sebagai kumpulan pertama bagi bandar raya demonstrasi pelancongan sukan di Guangxi, dan lapan wilayah demonstrasi (daerah), iaitu Wilayah Yangshuo dan Daerah Xiufeng di Guilin, Daerah Qingxiu, Daerah Xingning dan Wilayah Mashan di Nanning, Wilayah Lingyun di Baise, Wilayah Shangsi di Fangchenggang, dan Wilayah Wuxuan di Laibin, dengan memperkukuhkan pembangunan pelancongan sukan tempatan.

Memupuk titik pertumbuhan ekonomi baharu

Pada akhir tahun 2018, Guangxi telah diluluskan oleh Pentadbiran Umum bagi Sukan China untuk menyokong pembentukan sebuah zon demonstrasi pelancongan sukan kebangsaan. Pencapaian yang luar biasa telah dibuat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada masa ini terdapat lapan laluan butik, 12 tarikan butik, dan dua destinasi yang dikhususkan untuk pelancongan sukan kebangsaan, serta satu pangkalan demonstrasi, tiga projek demonstrasi, dan satu organisasi demonstrasi yang menunjangkan pertumbuhan bagi industri sukan kebangsaan. Statistik menunjukkan bahawa semasa Cuti Minggu Emas Hari Kebangsaan pada tahun 2019, Guangxi telah memperoleh 2.4782 juta kunjungan dan satu pendapatan pelancongan sebanyak 670 juta yuan melalui projek butik pelancongan sukan peringkat kebangsaan dan serantau mereka.

Guangxi telah mengadakan Karnival Pelancongan Sukan China-ASEAN selama dua tahun berturut-turut dari 2019 hingga 2020 (“Karnival Pelancongan”) untuk memperdalamkan pengintegrasian di antara sukan dan pelancongan, meningkatkan kualiti pelancongan, memanfaatkan potensi bagi sektor sukan, dan mewujudkan titik pertumbuhan baharu bagi ekonomi serantau. Dari landskap yang tiada tandingannya di Guilin sehingga kepada pemandangan laut yang indah di Fangchenggang, Biro Sukan Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang telah membayangkan satu prospek yang cerah bagi industri sukan mereka dengan meningkatkan permintaan dalam negeri secara meluas dan mengumpulkan momentum pembangunan industri.

Menerajui pembangunan bagi budaya sukan

Satu siri aktiviti menarik telah diadakan semasa karnival pelancongan itu untuk menarik lebih ramai pelancong dari rantau itu dan sekitarnya.

Di antaranya, Ekspo Pelancongan Sukan China-ASEAN telah diadakan di Taman Ekspo Taman Fangchenggang. Menampilkan reka bentuk bagi pemandangan pelancongan sukan yang berlainan, tujuh kawasan bertema telah dibentuk, iaitu kawasan pengalaman sukan laut, kawasan pameran barangan sukan, kawasan sukan pintar, kawasan sukan JD, kawasan rekreasi laut dan budaya makanan, dan kawasan bandar Fangchenggang. Lebih daripada seratus pempamer telah menyediakan program sukan “era digital” kepada rakyat tempatan dan pelancong termasuk peralatan sukan laut, sistem kecergasan pintar, pertandingan sukan VR, robot badminton, dan permainan kecergasan kreatif, yang memberi inspirasi kepada penonton untuk meneroka lebih banyak sukan baharu dan menarik, meningkatkan populariti bagi sukan fesyen baru muncul, dan mempromosikan budaya sukan di Guangxi.

Memperkukuhkan penggunaan sukan di Guangxi

Sebagai “sorotan” pertama bagi Karnival Pelancongan, “Minggu Penggunaan Produk Sukan Dalam Talian China-ASEAN 2020” telah dibuka pada 10 Disember. Semasa acara tersebut, penduduk di Guangxi telah diberikan subsidi ketika membayar untuk barangan sukan, yang telah menyegarkan pasaran pengguna sukan dan merangsangkan penggunaan sukan di Guangxi. Menurut statistik, JD.com telah mengeluarkan 2.65 juta kupon dalam sembilan kumpulan, yang berjumlah 9.87 juta yuan. Nilai urus niaga itu bagi penduduk tempatan di Guangxi yang membayar dengan kupon telah mencatatkan 104 juta yuan.

Semasa tempoh tersebut, Fangchenggang juga telah mengadakan satu siri acara seperti maraton mini, perlumbaan rentas desa gunung, cabaran belayar, perlumbaan amal memancing selebriti, dan festival muzik pantai. Aktiviti berikut seperti “Jelajah Musim Sejuk di Guangxi” dan “Sukan Ekologi Hijau di Guangxi”, lebih daripada 40 acara sukan utama di atas peringkat bandar raya telah diadakan di wilayah itu, dengan mencatatkan lebih dari 250,000 peserta langsung (orang-kali).
 
SUMBER: Biro Sukan Wilayah Berautonomi Guangxi Zhuang

No comments:

Post a Comment