Wednesday, January 20, 2021

TACONIC BIOSCIENCES MENGEMBANGKAN PORTFOLIO MODEL HAIWAN IMUNO-ONKOLOGI

Hos Model Tumor Singeneik Jh Kritikal Kini Tersedia pada Latar Belakang B6

RENSSELAER, N.Y., 19 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Taconic Biosciences, peneraju utama dalam menyediakan penyelesaian model haiwan untuk penemuan ubat, mengumumkan pengembangan portfolio imuno-onkologi miliknya.  

Imuno-onkologi merupakan keutamaan penyelidikan utama kerana imuno-onkologi menggunakan sistem imun badan sendiri untuk merawat beberapa jenis kanser dengan berkesan. Model haiwan tumor singeneik memainkan peranan yang kritikal kerana model ini menggunakan mencit biak baka dalam standard yang mempunyai sistem imun yang kompeten, yang diperlukan untuk menilai terapi pemodulasian imun. Model ini dicantumkan dengan tumor mencit yang diterbitkan daripada latar belakang strain yang sama; keserupaan genetik ini antara tumor dan hos menghalang hos daripada menolak tumor.

Satu pertimbangan dalam menggunakan model singeneik adalah bahawa beberapa calon ubat boleh menyebabkan respons imun negatif yang tidak dilihat dalam manusia.   Mencit standard boleh membentuk antibodi antiubat (ADA) yang boleh meneutralkan terapeutik atau malah menyebabkan anafilaksis. Ini boleh mencegah penyelidik daripada menentukan keberkesanan terapeutik dalam kajian praklinikal.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14186

No comments:

Post a Comment