Thursday, January 7, 2021

CSG MEMULAKAN ERA BAHARU BAGI PERTUMBUHAN DI BAWAH KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BRIAN SHEPHERD YANG BAHARU DILANTIK

DENVER, 6 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CSG secara rasmi mengalu-alukan Brian Shepherd ke jawatan baharu beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa pada 1 Januari, dengan membawa satu era baharu bagi pertumbuhan, inovasi, keterangkuman, dan kepelbagaian di sebalik kejayaan tahun 2020 bagi syarikat itu.


Shepherd, yang sejak tahun 2016 telah menjadi orang penting kepada pertumbuhan strategik syarikat itu sebagai naib presiden eksekutif dan presiden kumpulan, telah dipilih untuk menggantikan Bret Griess pada Ogos tahun lalu.

Dikenali kerana keghairahan beliau di dalam mewujud dan memupuk satu budaya yang dipacukan oleh hasil dan didasarkan kepada nilai, Shepherd terkenal kerana kebolehan beliau untuk memimpin dan mengembangkan perniagaan yang menguntungkan yang terlibat di dalam SaaS perusahaan dan penyelesaian yang berasaskan awan. Beliau membawa penjualan, perkhidmatan dan penyampaian global yang meluas, strategi, pengembangan korporat, dan kepakaran pemasaran kepada peranan Ketua Pegawai Eksekutif untuk CSG.

“Saya merasa terhormat untuk memimpin syarikat ini ke fasa mereka yang seterusnya di dalam pertumbuhan dan evolusi kami,” kata Shepherd. “Keupayaan CSG yang terbukti dan rekod prestasi yang mantap di dalam membantu menyelesaikan cabaran perniagaan terbesar pelanggan kami mewujudkan satu asas yang kukuh ketika kami memberi tumpuan kepada membina sebuah syarikat yang lebih besar, lebih baik, dan lebih bersedia untuk masa hadapan.”

“Saya sama-sama bersemangat untuk memperluaskan apa yang paling disukai oleh pekerja kami semasa bekerja di CSG, yang merupakan budaya berasaskan nilai kami. Pekerja kami merupakan pusat bagi kejayaan dan pertumbuhan kami. Ketika kami terus memastikan bahawa semua suara didengar dan diwakili, kami akan juga membangunkan komitmen kami kepada satu pendekatan yang berasaskan tindakan terhadap kepelbagaian, keadilan, dan penyertaan,” kata Shepherd.

Hari ini juga menandakan pelantikan Shepherd ke Lembaga Pengarah CSG:

“Seiring dengan pelbagai bidang industri berkembang pada satu kecepatan yang sangat tinggi, pengalaman Brian yang mendalam digabungkan dengan tenaga, semangat keusahawanan dan kepintaran eksekutif beliau secara unik menempatkan beliau untuk membawa CSG ke tahap seterusnya,” kata Don Reed, pengerusi lembaga CSG.

“Kami yakin bahawa visi dan perhubungan beliau yang teguh di seluruh landskap penyedia perkhidmatan, perusahaan dan rakan perniagaan akan memperkukuhkan trajektori pertumbuhan CSG dan menguasai bahagian pasaran di dalam segmen pasaran tanpa wayar, pengalaman pelanggan, pembayaran dan perusahaan yang dinamik,” kata Reed.

Seorang veteran yang berpengalaman di dalam teknologi, Shepherd telah memegang jawatan kepimpinan di TeleTech, Amdocs, DST Innovis dan McKinsey & Company, antara lain. Dalam peranan ini, beliau juga berjaya memperoleh dan mengintegrasikan lebih dari dua dozen syarikat perisian, pembayaran, analitik dan perundingan. Beliau mendapat ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Harvard Business School.

Beliau berpusat di dan bekerja di ibu pejabat global syarikat itu di Denver.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14157

No comments:

Post a Comment